Hidup ini sebagai tempat kita kumpul bekalan akhirat ^_^

Tuesday, December 20, 2011

Subhanallah! Cantiknya Sunnah Rasulullah S.A.W.

Cara Rasulullah Makan
1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?
Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan,  baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasulullah saw akan menghisap garam itu.
Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?
Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion.
Mengapa menghisap garam?
Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.
Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.
2. Cara Rasulullah mengunyah
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.
3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim)
Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu.
Cara Rasulullah minum.
Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.
Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas.
Cara minum: Seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.

Bacaan berkaitan :

Monday, December 19, 2011

BERCOUPLE BUKAN BUDAYA UMAT ISLAM YANG BERIMAN!







BERCOUPLE, setiap kali kita mendengarnya akan terlintas di benak kita sepasang insan yang sedang mabuk cinta dan dilanda asmara. Saling mengungkapkan rasa sayang serta rindu, yang kemudiannya memasuki alam pernikahan. Lalu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?


CINTA, Fitrah Setiap Manusia, MANUSIA diciptakan oleh ALLAH SWT dengan
membawa fitrah untuk mencintai lawan jenisnya. Sebagaimana firman-NYA; 

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi ALLAH lah tempat kembali yang baik(Syurga). (Ali Imran: 14).


Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memulai dengan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan  jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah)


Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.


Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata;
Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim,NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)


ALLAH berfirman; Di dalam syurga-syurga itu ada
bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik. (ar-Rahman: 70)


Namun, Islam tidak membiarkan fitnah itu mengembara tanpa batasannya. Islam telah mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan  etika dan norma yang sesuai dengan syariat.


ETIKA PERGAULAN DAN BATAS PERGAULAN DI ANTARA LELAKI DAN WANITA MENURUT ISLAM.

1. Menundukkan pandangan 
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 31)

2. Menutup Aurat
ALLAH berfirman dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, 
kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31)

Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.


3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)


4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)


5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan)

Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian
tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita
berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)


6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita
yang tidak halal baginya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)
Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal
baginya. (Ash-Shohihah 1/448
Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)


Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki  dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW; 
 Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat
Bukhari, Muslim & Abu Daud)
Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman- NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.
(al-Isra: 32)




Hukum Bercouple
SETELAH memerhatikan ayat dan hadis
tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple
itu haram, kerana beberapa sebab berikut:


1. Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2. Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.
3. Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4. Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5. Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6. Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.


Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?


Fatwa Ulama
Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. 
Sebagaimana Rasulullah SAW bersada: Janganlah seorang lelaki bedua- duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berkoresponden dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?

Jawab beliau: Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana koresponden semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, pembicaraan melalui telefon, serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.

Syaikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah?
Jawab beliau: Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya).
Sebagaimana firman ALLAH SWT: Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya.
(al-Ahzaab: 32).
Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.



Syubhat Dan Jawapan Yang Sebenarnya
Keharaman bercouple lebih jelas dari matahari di siang hari. Namun begitu masih ada yang berusaha menolaknya walaupun dengan dalil yang sangat rapuh, antaranya:


Tidak Boleh dikatakan semua cara bercouple itu haram, kerana mungkin ada orang yang bercouple mengikut landasan Islam, tanpa melanggar syariat


Jawabnya: Istilah bercouple berlandaskan Islam itu cuma ada dalam khayalan, dan tidak pernah ada wujudnya. Anggap sajalah mereka boleh menghindari khalwat, menyentuh serta menutup aurat. Tetapi tetap tidak akan boleh menghindari dari saling memandang, atau saling membayangkan kekasihnya dari masa ke semasa. Yang mana hal itu jelas haram berdasarkan dalil yang kukuh.


Biasanya sebelum memasuki alam perkahwinan, perlu untuk mengenal terlebih dahulu calon pasangan hidupnya, fizikal, karakter, yang mana hal itu tidak akan boleh dilakukan tanpa bercouple, kerana bagaimanapun juga kegagalan sebelum menikah akan jauh lebih ringan daripada
kalau terjadi setelah menikah.


Jawabnya: Memang, mengenal fizikal dan karakter calon isteri mahupun suami merupakan satu hal yang diperlukan sebelum memasuki alam pernikahan, agar tidak ada penyesalan di kemudian hari. Namun, tujuan ini tidak boleh digunakan untuk menghalalkan sesuatu yang telah sedia haramnya.


Ditambah lagi, bahawa orang yang sedang jatuh cinta akan berusaha bertanyakan segala yang baik dengan menutupi kekurangannya di hadapan kekasihnya. Juga orang yang sedang jatuh cinta akan menjadi buta dan tuli terhadap perbuatan kekasihnya, sehingga akan melihat semua yang
dilakukannya adalah kebaikan tanpa cacat. 

Sebagaimana diriwayatkan dari Abu Darda; Cintamu pada sesuatu membuatmu buta dan tuli.



Fenomena Couple
Dalam situasi terkini, fenomena pergaulan bebas dan pengabaian terhadap nilai-nilai murni Islam berlaku pada tahap yang amat membimbangkan. Kebanyakan umat Islam kini tidak lagi menitikberatkan nilai-nilai dan adab-adab sopan yang dianjurkan oleh Islam melalui al-Quran dan sunnah rasul-NYA. Mereka bukan setakat mengabaikannya dan menganggap perkara itu tidak penting, bahkan mereka menganggapkannya sebagai satu perkara yang menyusahkan aktiviti mereka yang menurutkan nafsu dan perasaan semata-mata itu. Nauzubillah..


Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telah dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH.

Monday, December 5, 2011

Hati Ku..

Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.

Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.


Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud:

"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan."
(Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:

"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74)

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud:

"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata."
(Surah al-Zumar ayat 22)

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud:

"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia."
(Surah al-Ra'd ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud:

"Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik."
(Surah al-Syura ayat 88-89)














Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan�anggota badan kepada maksiat kepada Allah.


Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

* Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.

Sumber: http://www.iluvislam.com/

Wednesday, October 5, 2011

3 JENIS HATI ibarat 3 JENIS AIR

3 jenis hati yang ada dalam diri kita ibarat 3 jenis air.. Sediakan 3 gelas, satunya berisi AIR KOSONG. Satunya AIR TEH dan yang satu lagi dengan AIR KOPI YANG PEKAT.

Untuk AIR KOSONG, diumpamakan HATI YANG BERSIH..Masukkan gula yang diibaratkan sebagai dosa kecil. Adakah nampak gula itu jatuh? Ok, masukkan pula sudu ke dalamnya yang diibaratkan sebahgai dosa besar. Nampak jelas? Ya, kedua-duanya nampak jelas bukan?

Begitulah diibaratkan hati kita yang bersih sekiranya pernah melakukan perbuatan salah, hati kita akan merasa gelisah dan terasa yang dia sudah melakukan dosa. Jelas terasa di hatinya yang dia merasa bersalah. Itulah gambaran hati yang bersih. Mudah sensitif dengan gerak geri laku perbuatannya.

Untuk jenis hati yang KEDUA, AIR TEH itu diibaratkan sebagai HATI YANG SAKIT. Jika dimasukkan gula atau sudu, masih lagi nampak kelibat kedua objek itu namun ianya samar dan kelabu. Begitulah hati kita jika ianya sakit, tidak akan merasakan sensitif terhadap dosa dan kesalahan yang dilakukan. Kita masih sedar kita berbuat kesalahan tetapi menangguhkan taubat atau istighfar.

Dan untuk yang KETIGA ialah HATI YANG MATI, wal'iyazu billahi min zalik. Hati yang mati diumpamakan sebagai AIR KOPI YANG HITAM PEKAT dan segala objek yang masuk, kita sudah tidak nampak. Apa yang kelihatan ialah hitam sahaja. Itulah hati mati yang sudah berasa halal haram adalah sama dan tiada beza baginya.

Namun, jauh di sudut hati kita, ada sedetik rasa yang kita mahukan kebaikan dalam hidup. Untuk proses pencucian hati ini, sama-samalah kita mulakan dengan istighfar dan mengakui segala kesalahan kita kepada Allah.

Bertaubatlah, kerana sedetik kita mahu kembali ke pangkuan Allah, Allah akan sambut kita dengan kasih sayang-Nya, yakinlah dengan cinta Allah.

Banyakkan berzikir, membaca mathurat, bangun malam, membaca Al-Quran dan berazam untuk berubah. Didik hati kita supaya sentiasa beristighfar dan merendah hati. Diakui hati kadang-kadang sukar dikawal kemahuannya, tetapi selalu berdoa pada Allah agar kita ditetapkan iman. Amin.

Semoga hati kita dapat dibersihkan dan dicuci selalu sehingga mendapat hati yang bersih dan jagalah ia selalu.

"Anggunnya peribadi kita bermula dengan anggunnya hati kita."

Sunday, August 14, 2011

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah

Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.

Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.

Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMU..

Tuesday, August 2, 2011

Hati-hati Ancaman di Setiap Rumah!



Pasti ramai di antara rakan-rakan pernah terbaca beberapa kisah murtad yang semakin berleluasa dikalangan bangsa melayu kita. Bangsa melayu yang pada awal sejarahnya bergelar muslim seawal abad ke 10, hari ini semakin hari peratus yang tinggal Islamnya menjadi semakin berkurangan, bagi yang masih mengaku Islam sekalipun, Islamnya pula hanya tinggal pada nama sahaja. Hanya untuk nikah kahwin, cerai berai dan juga menyambut raya, tak lupa juga apabila ada kematian. Alhamdulillah, dari pembacaan dan penelitian banyak buku ilmiah barat, sedikit sebanyak saya telah dapat membuat rumusan mengapa bangsa Melayu kita yang dahulunya megah dengan Islamnya, kini semakin hari semakin nipis imannya malah hingga ketahap murtad. Amatlah tidak menghairankan sebenarnya kerana sebab utamanya kejadian ini berlaku adalah kerana alat atau mekanisme pemurtad itu sendiri ada disetiap rumah, dan apakah alat permurtad yang saya maksudkan itu?



Anugerah terbesar yang diberikan oleh Allah SW kepada manusia adalah otak (frontal lobe) yang mampu berfikir, merancang, menganalisa dan melihat kesan dimasa depan akibat dari tindakan hari ini. Akan tetapi proses menganalisa dan berfikir itu terhasil secara amnya dari proses elektrokimia yang melibatkan pelbagai jaringan sel-sel otak iaitu neuron yang telah terbentuk hasil dari pembelajaran, pemerhatian dan juga pengalaman. Dari jaringan-jaringan neuron itu tadi manusia akan membuat pilihan didalam hidupnya untuk melakukan sesuatu, samada baik atau buruk. Akan tetapi buruk dan baik itu pula adalah suatu yang subjektif, perlu ada rujukan untuk membuat penilaian dan kemudian membuat pilihan. Melihat budaya cintakan ilmu agama yang semakin menghilang, titik rujukan tidak lagi berdasarkan apa yang Allah SW dan Rasul SAW perintahkan, sebaliknya banyak beralih kepada ilmu dunia dan juga pengalaman. Sebab itu terdapat contoh umat Islam sendiri sudah tidak mempercayai agama, menganggap dunia ini tiada penciptanya, manusia semua berasal dari monyet (evolusi) dan sebagainya. Bagaimana pula rujukan yang berdasarkan pengalaman?

Hidup manusia sehari-hari banyak dikendalikan oleh minda separuh sedar (subconscious mind), dari degupan bernafas, berjalan, berlari hinggalah memandu kereta, manusia tidak perlu minda sedar untuk mengawalnya. Sebab itulah kita boleh berbual sambil memandu dan tidak sedar pun sudah tiba didestinasi, hanya perlu niat sahaja dan secara automatik ianya akan dilakukan oleh minda separuh sedar itu tadi. Contoh yang paling baik adalah solat, kerana sudah dilakukan berulang-ulang kali, manusia tidak perlu lagi "sedar" yang mereka sedang solat, sebab itu fikiran boleh melayang memikirkan pelbagai hal lain, sedar sahaja sudah pun memberi salam. Begitu hebatnya keupayaan minda separuh sedar untuk membantu manusia menjalankan kehidupan sehari-hari, jadi apa pula kesannya jika minda separuh sedar itu tadi boleh diprogramkan untuk melakukan aktiviti-aktiviti atau tindakan-tindakan tertentu? Bukankah ia akan mencorak tingkahlaku dan perbuatan manusia itu sendiri dalam menangani hidup?

Terdapat dua cara utama bagaimana minda separuh sedar boleh diprogramkan, pertamanya adalah dengan melakukan sesuatu itu berulang-ulang, contohnya belajar, membaca, solat, memandu, berjalan dan sebagainya. Begitu juga dengan bahasa yang mana apabila diulang-ulang menyebutnya maka lama kelamaan kita boleh menghafalnya walaupun tidak memahami apa yang disebutkan, contohnya bacaan solat. Keduanya adalah dengan hipnosis atau apa yang dipanggil pukau oleh masyarakat melayu kita. Tetapi hipnosis yang saya maksudkan ini bukanlah yang biasa kita dengar contohnya seseorang itu dipukau untuk menyerahkan wang yang ada pada dirinya, hipnosis yang saya maksudkan disini adalah yang dilakukan secara halus dan dalam jangka masa yang lama dan berterusan. Saya telah mendalami ilmu hipnosis ini dari pembacaan hinggalah kepada mengikuti kursus hipnosis itu sendiri dan apa yang dapati adalah ianya berkait rapat dengan frekuensi otak yang mana ia mewakili keadaan minda seseorang itu pada satu-satu masa. Frekuensi otak ini boleh diukur dengan menggunakan alat EEG (electroechepelograph). 

Terdapat 4 jenis frekuensi otak, iaitu delta, thetha, alpha dan beta. Masing-masing menunjukkan julat bacaan yang mewakili keadaan minda itu sendiri. Contohnya thetha adalah ketika manusia sedang tidur nyenyak, delta semasa keadaan bermimpi. Beta pula adalah apabila manusia itu dalam keadaan penuh sedar dan berfikir. Alpha adalah dimana manusia itu didalam keadaan tenang, dimana otak tidak melakukan proses berfikir yang kritis, ini juga adalah keadaan dimana manusia itu mudah menerima apa jua arahan atau cadangan yang diberikan oleh manusia lain baik secara langsung (percakapan) mahupun secara tidak langsung (gambar, video musik dll.) Semasa proses hipnosis, orang yang akan dihipnosis akan di ajar untuk bertenang dan kosongkan minda dari berfikir dan ketika itulah apa jua perintah akan diturut tanpa dibantah dan ianya akan kekal hinggalah selepas sedar dari keadaan hipnosis itu tadi. Semakin tenang dan santai (frekuensi otak turun dari beta kepada alpha) orang yang dihipnosis, maka lebih berkesankan proses hipnosis itu tadi.

Berbeza dengan manusia dewasa yang otaknya mengalami pelbagai frekuensi dari yang paling rendah (delta) hingga yang paling tinggi (beta), otak anak-anak yang sedang membesar pula punyai frekuensi-frekuensi rendah berdasarkan umur mereka ketika itu, dari lahir hinggalah keumur 2 tahun, kebanyakan frekuensi otak mereka adalah delta, dari 2 hingga 6 tahun frekuensi thetha akan muncul dan dari 6 hingga 12 tahun pula adalah frekuensi alpha. Ini menunjukkan anak-anak yang sedang membesar sebenarnya seolah-olah berada didalam keadaan hipnosis, adakah ini suatu yang buruk untuk anak-anak yang sedang membesar ini? 

Tentu ramai yang ingat kepada hadis Nabi yang mengatakan anak yang lahir ibarat kain putih dan ibu bapa yang mencorakkan mereka? Otak anak-anak yang sedang membesar membuat jaringan-jaringan neuron baru dengan kadar yang amat tinggi, ini sebagai persedian kepada mereka untuk menghadapi kehidupan dimasa akan datang, otak mereka yang tidak punyai frekuensi beta iaitu punyai kemampuan berfikir secara kritis, menganalisa dan sebagainya ini membolehkan maklumat diserap dan jaringan neuron terbentuk dengan mudah. Agak sukar jika kita mahu mengajar mereka sesuatu tetapi diikuti dengan pelbagai pertanyaan mengapa itu dan mengapa begini. Apa yang mereka perhatikan terutamanya dari tingkah laku ibu dan bapa akan diserap sepenuhnya tanpa sebarang penilaian baik atau buruk. Mereka berada didalam keadaan hipnosis dan apa yang diperhatikan akan kekal didalam minda separuh sedar mereka sebagai panduan untuk masa depan.

Akan tetapi dizaman moden ini yang mana selalunya kedua ibu dan bapa keluar bekerja, siapa yang akan memberi rujukan kepada mereka? Otak mereka tidak berhenti membuat jaringan neuron baru setiap masa, mereka tidak "pause" proses tersebut ketika ibu bapa keluar bekerja dan menyambung kembali proses tersebut apabila ibu bapa balik kerumah. Maka nilai-nilai hidup generasi baru hari ini lebih dicorakkan oleh pengasuh, taman didikan dan orang gaji berbanding ibubapa sendiri. Ini tidak bermakna kelakuan ibu bapa tidak akan diikuti, perlu ingat bahawa selama 9 bulan didalam kandungan, anak itu juga mendapat maklumat dari tali pusat ibunya, apa yang dialami, dilakukan dan juga pengalaman ibu dan termasuk juga layanan dari ayah akan turut juga dirasai oleh anak dan juga akan tersimpan didalam minda separuh sedarnya. 

Selain dari pengasuh, taman didikan dan orang gaji, terdapat satu lagi sumber rujukan oleh anak-anak yang sedang membesar untuk menyerap kedalam minda separuh sedar mereka nilai-nilai kehidupan, tidak lain tidak bukan ianya adalah dari alat pemurtad yang saya maksudkan iaitu televisyen. Hampir setiap rumah diMalaysia mahupun diseluruh dunia memilikinya, dan kebanyakan pada kita termasuklah diri saya sendiri dizaman jahil dahulu menganggap bahawa TV adalah suatu kemestian untuk mendapatkan maklumat dari berita ataupun rencana dan yang paling utama sekali hiburan samada siri tv, filem dan juga musik. Merujuk kepada maklumat berita, sekarang saya telah sedar bahawa pihak media kawalan pemerintah ini hanya akan menyiarkan berita yang kita patut tahu, patut atau tidak itu sudah tentulah bergantung kepada agenda mereka pula.

Apa jua yang dipaparkan oleh tv, kita sebagai manusia yang berakal merasakan kita mampu untuk menilai baik dan buruk dan punyai keupayaan untuk mengikutinya jika ianya baik dan menolaknya jika ianya buruk atau tidak baik. Akan tetapi jika minda separuh sedar yang memainkan peranan penting dalam kehidupan ini dan hampir keseluruhannya menerajui hidup kita sehari-hari, pastikah akan kita bahawa adakah benar diri kita sendiri yang membuat pilihan atau minda separuh sedar? Contohnya untuk memilih pakaian menjolok mata menyembulkan dada, atau tiba-tiba ingin menikmati makanan segera yang tertentu, adakah pasti itu adalah "free will" atau kebebasan memilih yang unik dimiliki oleh kita sebagai manusia?

Kajian yang dilakukan oleh Herbert Krugman pada tahun 1969, seorang penyelidik pengiklanan mendapati, apabila seseorang itu menonton tv, dalam masa kurang dari satu minit sahaja frekuensi otak mereka turun dari lingkungan beta kepada alpha, aktiviti otak juga beralih dari otak kiri kepada otak kanan. Otak kiri adalah dimana letaknya pemikiran logikal, dibahagian ini informasi yang diterima dari deria di analisa secara kritis, otak kanan pula tidak mengambil kristis akan informasi yang diterima, hanya mengambil informasi tersebut secara menyeluruh dan lebih kepada beremosi. Penukaran aktiviti otak dari hemisfere kiri ke kanan ini juga menyebabkan rembesan endorphin (endogenous morphin) iaitu dadah morfin semulajadi didalam tubuh badan manusia itu sendiri, sebab itulah manusia boleh menjadi ketagih untuk menonton tv dan ada yang tidak boleh hidup tanpa tv.

Apabila semakin kurang atau tiada pemikiran kritis semasa menonton tv, bahagian emosi otak (sistem limbic) menjadi semakin bertambah, bahagian limbic ini juga dikenali sebagai otak reptilia yang selalunya dikaitkan dengan fungsi mind primitif seperti reaksi "fight or flght" (lawan atau lari), dan bahagian ini juga tidak dapat membezakan apa yang sedang ditonton itu adalah realiti sebenar atau hanya simulasi dari tv, bagi bahagian otak ini apa yang dilihat (contohnya lakonan) itu adalah suatu yang benar, sebab itulah degupan jantung kita akan bertambah pantas semasa menonton filem suspens walaupun minda sedar kita tahu itu hanyalah lakonan filem. 


Fenomena ini menyebabkan manusia terpengaruh dengan budaya hidup yang disogokan secara tidak langsung, contohnya melihat pelakon yang romantik berdua-duaan memadu kasih, otak emosi manusia yang juga merupakan sebahagian besar dari minda separuh sedar akan membawa kehidupan manusia kearah itu juga, iaitu untuk turut juga merasai perasaan romantik itu tadi, bayangkan apa akan terjadi jika yang ditonton adalah filem lucah? Fenomena ini juga diambil kesempatan oleh para pengiklan untuk menanam perasaan hidup tidak sempurna atau tidak gembira jika tidak memiliki sesuatu barangan, ini adalah penjelasan kepada budaya mengejar harta dan kebendaan dikalangan umat manusia dimasa kini, tidak boleh beli secara riba' pintu depan, pintu belakang pun boleh. Mengapa masih ramai yang tidak boleh melihat riba' ikut pintu belakang ini? Untuk menjawabnya anda lihatlah ulamak jenis apa yang selalu menegakkan benang basah sistem perbankan riba' pintu belakang ini dikaca-kaca tv?

Bagaimana pula dengan politik? Kempen anti Gore oleh Bush didalam video yang saya sertakan didalam artikel ini pasti akan menyedarkan anda, bukan setakat mesej secara langsung, mesej subliminal yang tidak terlihat oleh minda sedar akan tetap diterima oleh minda separuh sedar dan akan mempengaruhi rakyat semasa mengundi nanti. Saya dapat rasakan rakan-rakan sekalian sudah boleh memikirkan mengapa pemerintah begitu mengawal media ini disamping media lain seperti radio dan akhbar? Baru-baru ini terdengar pula mahu mengawal internet, nampak sangat hipokritnya, porno boleh, bebas bersuara tidak. Sebab itu pada diri saya, diakhir zaman ini sudah tiada lagi demokrasi, yang ada hanyalah manipulasiArtikel mengenai politik di Itali ini barangkali akan lebih membuka minda anda untuk nampak realiti sebenar kehidupan ini.


Jika anda menganggap dan percaya seratus peratus bahawa anda memiliki kebebasan memilih (freewill) untuk membuat apa jua keputusan didalam hidup, kajian oleh pakar otak Dr Benjamin Libbet pasti akan memeranjatkan anda untuk menilainya semula pendapat anda itu. Didalam buku beliau berjudul Mind Time, beliau mendapati sebelum manusia itu bertindak untuk melakukan sesuatu, aktiviti didalam otak sudah pun bermula seawal 500 milisaat sebelum tindakan itu dilakukan, manusia hanya sedar yang dia akan melakukan sesuatu itu 400 ms selepas aktiviti didalam otak bermula. Jadi, jika aktiviti didalam otak bermula terlebih dahulu sebelum manusia itu menyedarinya, siapakah sebenarnya yang membuat pilihan untuk melakukan sesuatu tindakan, perbuatan, fikiran, emosi dan pelbagai lagi sifat dan keupayaan yang dimiliki oleh manusia?

Dr Michael Gazzaniga, Profesor Psikologi dari Universiti California, didalam siri Brain Story keluaran BBC menyatakan kebanyakan perkara yang kita lakukan dikawal oleh proses yang tidak disedari, pada pendapat saya ini merujuk kepada minda separuh sedar, dan jika minda separuh sedar boleh diprogramkan menerusi tv, mungkinkah budaya kehidupan manusia masa kini adalah refleksi dari apa yang telah dan sering dipaparkan oleh tv? Saya pasti anda semua bersetuju jika saya katakan bahawa memang itulah hakikat kehidupan akhir zaman ini. Jadi jika seseorang manusia itu berkata contohnya Suka Hati Akulah Nak Pakai Apa, mereka sebenarnya menurut sahaja apa yang disarankan oleh minda separuh sedar dan bukan sebenarnya apa yang mereka sangkakan "suka hati mereka" iaitu kebebasan memilih atau "freewill". Mereka ini sebenarnya menjadi hamba kepada minda separuh sedar mereka sendiri yang telah korup akibat dari perbuatan diri sendiri iaitu membiarkan minda separuh sedar mereka dibentuk dan dicorakkan oleh pihak luar.

Akan tetapi adakah ini bermakna kita hanya pak turut sahaja apa yang disarankan oleh minda separuh sedar? Jika bukan kita yang membuat pilihan, bukankah tidak adil jika kita dihukum oleh Allah SW? Tiadakah ruang untuk kita mempraktikkan apa yang kita anggap kebebasan memilih atau "freewill" itu tadi? Dari kajian Dr Libbet juga mendapati, kita sebagai manusia masih punyai kuasa untuk mem"veto"kan saranan atau keinginan tersebut sebelum ianya berlaku. Terdapat jarak masa lebih kurang 100 ms yang mana seseorang manusia itu boleh bertindak untuk menjalankan antiviti mem"veto" itu. Akan tetapi mengapa ramai dikalangan kita yang selalu hanya sedar melakukan kesilapan hanya apabila ianya sudah terjadi? Pada pendapat saya, frontal lobe lah yang akan membantu seseorang itu menerusi minda sedar untuk membantu membuat penilaian dengan rujukan kepada pelbagai maklumat yang tersimpan didalam otak sebelum ini, samada ia boleh atau tidak dilakukan contohnya dari sudut agama, sudut kemanusian dan juga kesannya pada masa hadapan.

Masaalahnya kebanyakan manusia akhir zaman ini tidak lagi mengagungkan budaya ilmu baik ilmu agama mahupun akhirat. Ilmu yang dipelajari hanyalah untuk kemajuan kerjaya yang dimiliki jadi frontal lobe manusia itu tidak punyai rujukan yang lebih luas untuk punyai alasan yang kukuh untuk mem"veto" minda separuh sedar itu tadi. Begitu juga dengan budaya mengagungkan hiburan yang mana tidak menggalakkan budaya berfikir yang mana melemahkan frontal lobe. Menonton TV itu sendiri adalah salah satu penyebab penyakit otak ADD (Attention Deficit Disorder) yang mana menerusi imbasan SPECT jelas menunjukkan frontal lobe yang tidak aktif. Begitu juga dengan pencemaran kimia seperti rokok, alkohol dan juga kafein yang mana itu juga me"nidur"kan frontal lobe. Jadi tidak hairanlah mengapa apa jua budaya yang dipaparkan oleh tv baik fesyen, kelakuan, hubungan lelaki dan wanita (bercinta sebelum kahwin), tabiat seks dan sebagainya menjadi ikutan masyarakat hari ini. Ini belum termasuk hipnosis oleh iklan-iklan yang menjadi pendorong sebenar kearah agama baru dizaman ini, agama materialistik yang mana dosa dan pahala adalah kredit atau debit akaun bank, mubalighnya adalah pengiklan, masjidnya adalah bank dan tuhannya adalah pemegang saham bank tersebut.

Namun agama baru ini tidaklah begitu berbeza dengan pendekatan Islam yang diambil oleh sesetengah ulamak perbankan tersohor akhir zaman ini, perbankan Islam itu sendiri ditubuhkan untuk menyokong agama baru ini iaitu kearah mendapatkan nikmat dunia baik dari beli rumah, kereta dan juga barangan lain, kesannya sama sahaja kepada masyarakat baik pinjam atau jual beli, tetap diperhambakan, mungkin satu hari nanti akan ada mak ayah pengganut kuat agama baru ini akan menamakan anak mereka dengan nama baru, dari Abdullah iaitu hamba Allah kepada AbdulBank, nak nampak Islamik lagi bolehlah letak AbdulIslamikBank.

Jika kita kaji kes murtad dikalangan melayu, bagi perempuan yang murtad, kebanyakannya adalah kerana ingin berkahwin dengan lelaki bukan muslim. Jadi jika ibu bapa menonton filem cinta contohnya filem bollywood yang rata-rata menyarankan bahawa cinta mesti bersatu, biarlah buang mak ayah, sanggup bergaduh sampai pecah-pecah dinding, pecah tembok dan sebagainya demi cinta, maka ini yang diterima bulat-bulat oleh anak-anak yang menonton bersama-sama ibu bapa, jadi apabila anak ini dewasa akan terjadi konflik didalam hidup mereka, sudah tentulah ibu bapa akan menentang dan ini akan menimbulkan stress dan apa stress akan lakukan kepada manusia? Salah satunya melemahkan frontal lobe maka desakan minda separuh sedar atau emosi yang akan membuat pilihan didalam kehidupan. Jadi jika dulu buang mak buang saudara kerana kasih saya turutkan, pada hari ini buang agama sudah boleh dimasukkan kedalam ungkapan tersebut.

Jika tidak murtad sekalipun umat Islam hari ini semakin jauh meninggalkan Islam dan rata-rata menjadi pak turut akan budaya barat yang dipaparkan. Contohnya perlunya bercinta sebelum kahwin itu adalah kerana minda separuh sedar manusia sudah di"basuh" dengan serbuk pencuci filem cinta ditv itu sendiri. Semasa menonton filem cinta atau pun mendengar lagu-lagu cinta, sel-sel tubuh badan manusia tidak tahu samada adakah apa yang di lihat itu adalah sebenarnya yang dialami atau hanya lakonan tv. Otak tetap merembes kimia emosi tertentu yang memberikan perasaan cinta itu sendiri kedalam tubuh manusia, apabila acapkali dihujani oleh kimia emosi cinta tersebut, lama kelamaan sel-sel tubuh badan manusia itu akan senantiasa memerlukan kimia emosi cinta tersebut untuk mengekalkan apa yang digelar keseimbangan atau "homeostasis" didalam sel-sel itu sendiri, maka apabila kimia emosi itu tidak kunjung tiba maka sel-sel akan bergabung menghantar signal keotak, memberi stimulasi kepada otak emosi (limbic) dan mula meminta kimia emosi tersebut, kes ini sama juga bagaimana rasa lapar itu bermula. Jadi apabila tidak di"veto" oleh minda sedar manusia itu sendiri maka manusia sebenarnya hanyalah hamba kepada sel-sel tubuh badan mereka sendiri.

Dan ini telah pun saya kaitkan dengan manusia itu sebagai khalifah dimuka bumi ini, pemimpin dunia luar dan juga dunia dalaman (sel-sel) yang mana mereka secara kolektifnya menjadi minda separuh sedar. Puasa adalah latihan manusia itu sendiri untuk menjadi khalifah dalaman dengan berupaya menangkis bertrillion-trillion sel-sel didalam tubuh badan kita yang mahukan makanan ataupun nafsu. Pemimpin akhir zaman hari ini juga jelas kalah dengan nafsu mereka apabila membuat keputusan didalam pemerintahan hanya untuk kepentingan diri sendiri dan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan kuasa mereka, kerana apa? Kerana dengan kuasa yang mereka perolehi itu mereka dengan mudah melayan kerenah sel-sel mereka yang sentiasa dahagakan nikmat dari luar, samada makan minum mahupun tidak perlu bekerja keras untuk mendapatkan apa yang dihajati iaitu nikmat dunia seperti harta dan kesenangan.

Contohnya bagi simiskin, mereka perlu membanting tulang iaitu sel-sel mereka perlu melakukan kerja untuk mendapatkan makanan, jika dengan hanya melakukan usaha yang sedikit contohnya korup dan makan duit rakyat, mereka tetap boleh makan, malah boleh makan dengan lebih mewah lagi, maka sel-sel mereka yang membentuk minda separuh sedar akan senantiasa meminta mereka untuk kekal korup agar tidak perlu bersusah payah seperti sel-sel kepunyaan simiskin. Pemimpin sebegini sebenarnya adalah hamba kepada sel-sel mereka sendiri, lebih teruk lagi menggunakan kuasa mereka untuk menindas rakyat. Ambil contoh pemimpin kafir yang mengutamakan budaya arak yang terbukti melemahkan frontal lobe, mana mampu mereka mem"veto"kan kemahuan nafsu mereka untuk menahan diri untuk lebih korup?

Bagaimana pula dengan pemimpin kita yang kita "assume" tidak minum arak? Jika rujukan agama yang sepatutnya diambil kira oleh frontal lobe dalam usaha mem"veto"kan kelakuan yang telah terjana didalam otak tidak dimilki, atas dasar apakah penilaian yang akan mereka gunakan? Dan jika pemimpin ini rata-rata mendapat pendididikan barat yang tidak langsung berlapikkan Islam, membesar pula dengan makan bersuapkan sudu perak (anak orang kaya), mana mungkin mereka akan mengambil kira prinsip Islam didalam pemerintahan apatah lagi mengerti erti sebenar kesusahan kerana sel-sel tubuh badan mereka tidak pernah membanting tulang untuk mencari sesuap makanan? Minda separuh sedar mereka akan senantiasa menghantar signal keotak agar mereka kekal korup dan lebih korup dan menggunakan pelbagai cara untuk mngekalkan kuasa mereka "by hook or by crook".

Sebab itu pada pendapat saya dalam bab memilih pemimpin ini juga kita mesti ikut saranan Nabi dalam bab mencari pasangan, untuk selamat dunia akhirat pilihlah yang punyai kuat pegangan agama dan bukannya yang boleh bagi kita kontrak untuk projek, bukan yang membangunkan negara dengan pinjaman luar yang sudah semestinya perlu dibayar balik dengan riba'. Akan tetapi oleh kerana kebanyakan kita sendiri sudah kalah dengan sel-sel kita sendiri, hanya jadi pak turut sahaja dan lantas diperhambakan oleh mereka yang berkuasa (melalui pinjaman atau pembiayaan bank) kerana takut tidak mampu mendapatkan nikmat dunia yang akan menyebabkan sel-sel terpaksa berusaha keras untuk mendapatkannya.

Dan apa yang dipaparkan oleh pihak media contohnya tv juga adalah refleksi dari corak pemikiran pemimpin kita sendiri, jika mereka senang, gembira dan bersetuju dengan budaya hiburan, maka itu jugalah yang akan diutamakan dan dipaparkan didalam media itu sendiri. Begitulah juga penerimaan kita terhadap budaya hiburan tersebut, ianya juga adalah refleksi terhadap apa yang dominan didalam minda kita sendiri. Terus-terang saya katakan, kemampuan saya untuk menulis artikel, membaca buku-buku ilmiah dan berkongsi dengan rakan-rakan ini tidak mampu saya lakukan jika saya terus kekal mengutamakan budaya hiburan. Saya telah lama meninggalkan budaya menonton filem sampah baik filem cinta, fiksyen, hantu dan sebagainya. Apa yang saya tonton hanyalah ceramah, kuliah, debat ataupun dokumentari. Ya, memang ianya juga masuk keminda separuh sedar saya akan tetapi saya punyai pilihan maklumat apa yang saya ingin "hipnosis" diri saya sendiri, iaitu sudah tentulah ilmu-ilmu yang membantu saya, contohnya untuk menulis artikel sebegini.


TV ternyata lebih memberikan kesan buruk dari kebaikan, hanya membawa manusia kealam fantasi dan kemudiannya menjadi "carbon copy" kafirun sebagaimana yang diinginkan oleh musuh-musuh Islam. Musuh-musuh Islam tahu bahawa jika mereka mengishtiharkan perang secara terbuka mereka akan kalah kerana umat Islam (full time muslim) tidak takut mati, begitu juga jika masuk kampung dengan kepit bible dan membawa salib untuk mengajak umat Islam memasuki agama mereka, sudah pasti akan diparang dan dipedangkan oleh orang Islam jadi cara yang paling mudah adalah dengan manipulasi minda separuh sedar yang mengawal dan menjalankan hampir keseluruhan kehidupan manusia itu sendiri. Dengan secara perlahan-lahan menarik manusia untuk mengikut cara hidup masyarakat barat iaitu menjadi "carbon copy" mereka menerusi apa yang dipaparkan di tv, budaya cinta sebelum kahwin, cinta harus bersatu, pakai baju dedah sana dedah sini, fesyen, mengagungkan kebendaan dan sebagainya, semua ini adalah tali-tali halimunan yang menarik umat Islam secara perlahan-lahan untuk meninggalkan Islam. Dan buktinya sudah jelas, menurut mufti Perak yang membuat kenyataan bahawa seramai 250,000 umat Islam sudah murtad dinegara kita ini.

Jadi fikir-fikirkanlah wahai rakan-rakan sekalian, jika anda yang menganggap anda punyai kebebasan memilih atau "freewill" didalam kehidupan, jika TV, filem dan lagu-lagu hiburan adalah budaya anda maka ketahuilah anda hanya bermimpi disiang hari. TV adalah antara penyebab utama mendorong budaya murtad, begitulah juga dengan filem wayang dan juga musik baik hanya lagu ataupun secara video, ianya juga bertindak sebagai mubaligh agama baru bernama "materialisme" yang ustaz-ustaznya adalah pengiklan-pengiklan yang senantiasa memanipulasikan minda manusia. Sesuatu yang memberi keburukan lebih dari kebaikan sepatutnya ditinggalkan, ini tidak bermaksud anda perlu buang tv anda dengan serta merta akan tetapi secara perlahan-lahan kurangkanlah masa anda terutamanya anak-anak dari menontonnya, begitu juga harus lebih bertanggungjawab untuk menapis apa yang akan ditonton terutamanya oleh anak-anak. Pada pendapat saya kita sebagai umat Islam punyai banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk mengisi ruang masa yang selama ini dicuri oleh TV, contohnya kemasjid untuk solat berjemaah dan juga mengajar anak membaca Al Quran dan juga terjemahan. Jika rasakan boleh hidup tanpa tv ada dirumah, itu lebih baik lagi.

Disini saya ingin merumuskan kembali tiga kesan utama akibat dari penyembahan tv ini kepada kehidupan manusia dan amat berharap rakan-rakan sekalian memikirkan sedalam-dalamnya rumusan ini, TV;





  1. Mencorak minda manusia untuk lari dari nilai moral dan kehidupan sebenar berlandaskan Quran dan sunnah (contohnya murtad, batas hubungan lelaki wanita, cara berpakaian dan sebagainya).
  2. Membawa ajaran agama materialisme, hidup mengejar kebendaan dengan anggapan kebendaan itu membawa kebahagiaan hingga sanggup meminjam untuk mendapatnya secara cepat malah hingga sanggup memanipulasikan cara untuk mendapatkannya (bukan pinjam tapi dibiayai).
  3. Manipulasi pemikiran rakyat untuk memastikan pemimpin yang korup akan kekal berkuasa melalui kawalan minda baik mesej subliminal ataupun berita yang berat sebelah.
Ia menjelaskan mengapa ramai semakin murtad, ia menjelaskan mengapa ramai yang mengejar dunia kebendaan dan ia juga menjelaskan mengapa pemimpin yang korup kekal berkuasa. Memang ada lagi beberapa faktor yang boleh dikaitkan akan tetapi tv inilah penyebab utamanya.

Semakin kurang kita mengadap TV, semakin banyak kita meninggalkan budaya hiburan maka semakin ter"jaga"lah frontal lobe dari lena yang panjang, dengan mengkayakan budaya ilmu pula makin luaslah pilihan-pilihan jaringan neuron didalam otak yang akan membantu frontal lobe untuk membantu manusia mem"veto" kemungkaran dan menggalakkan kebaikan dan kasih sayang sesama insan, dengan solat yang khusuk, fokus dan memahami ayat yang dibaca pula akan menguatkan frontal lobe dan juga akan menghujani sel-sel didalam tubuh badan kita dengan kalimah-kalimah Allah, maka barulah solat benar-benar dapat mencegah kemungkaran apatah lagi untuk murtad, insyaallah.


Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2011/02/alat-pemurtad-ada-disetiap-rumah.html#ixzz1Tuq8ybQ7



Ketahui rahsia khusyuk dalam solat di sini :)