Peristiwa Isra dan Mikraj ini berlaku pada 27 Rejab 662 Masihi setahun sebelum berlakunya peristiwa Hijrah Nabi Muhammad dari Mekah ke Madinah dan ketika itu umur Nabi adalah 52 tahun.
Untuk memahami cerita dan peristiwa ini, saya terpaksa membahagikan ia kepada 4 bahagian iaitu:
- Sebelum Israk dan Mikraj
- Ketika Israk
- Ketika Mikraj
- Selepas israk dan mikraj
Sebelum Israk dan Mikraj
Pada suatu malam ketika Rasulullah sedang tidur, tiba tiba beliau di datangi oleh 2 malaikat iaitu Jibrail dan Mikhail, baginda telah menjalani proses pembedahan dan hati beliau telah di cuci dengan air zam zam, maka dibuangkan ketulan ketulan hitam iaitu tempat Syaitan membisikkan was wasnya, kemudian di tuangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah. Kemudian dada baginda di jahit dan selesai pembedahan baginda di datangi satu binatang bernama Buraq yang mana ia boleh berjalan dengan sepantas kelajuan kilat dan maka bermulalah peristiwa luar biasa baginda bernama israk.
Ketika Israk
Israk adalah perjalanan baginda dari Mekah ke Masjidil Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis Israel / Palestin kini. Sepanjang perjalanan baginda di temani oleh dua malaikat Jibrail dan Mikhail. Di dalam perjalanan itu Jibrail mengarahkan baginda agar berhenti di beberapa tempat mulia dan bersejarah serta menunaikan solat sunat 2 rakaat seperti :
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);
Di dalam perjalana israk juga baginda turut di ganggu oleh jin Afrit dengan api jamung dan Jibrail telah mengajarkan baginda satu doa untuk mengelak dari gangguan tersebut.
Di dalam perjalanan tersebut beberapa peristiwa telah baginda saksikan (untuk menjadi pengajaran kepada umat manusia akhir zaman) seperti :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di Masjidil Aqsa, Buraq telah ditambat di suatu tempat dan baginda solat berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam , Nabi Musa dan Nabi Isa. Jibrail menghulurkan kepada baginda minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Ketika Mikraj
Mikraj bermakna menaiki tangga ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah (tangga emas dan perak dari bumi ke langit ke-7 hingga menemui Allah di tangga ke 10). Mikraj adalah merupakan tangga dari syurga yang mengangkat baginda dan malaikat Jibrail pintu langit dunia di beri nama Hafzhah. Di sepanjang perjalanan melepasi lapisan lapisan langit itu beberapa peristiwa berlaku hingga lah ke tangga ke 10 seperti :
- Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan
- Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
- Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
- Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
- Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
- Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
- Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu
"LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH",
mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:
SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan
WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM.
Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah)
8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata- permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al- Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad
Dikatakan antara dialog Allah dan baginda adalah (saya ringkaskan untuk mengelakkan kekeliruan) :
- Aku ambilmu sebagai kekasih.
- Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.
- Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat.
- Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat.
- Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu.
- Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy.
- Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar.
- Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu.
- Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama.
Intipati isi ini telah saya permudahkan untuk di baca dan di fahami oleh pembaca umum dan juga di ambilo dari beberapa pembacaan dan juga laman web.
DI bawah saya turut sertakan maksud maksud perkataan dan terma tertentu bagi memudahkan pemahaman iaitu :
- Buraq - adalah sejenis makhluk ciptaan Allah yang menyerupai haiwan sedikit besar dari keldai dan sedikit kecil dari baghal (haiwan kacukan keldai dan kuda), ada juga mengatakan ia haiwan berupa kuda putih dan bersayap burung berbulu pelepah, namun apa yang pasti ia dijadikan oleh Allah tanpa daging, darah dan tulang sebaliknya ia diciptakan dari cahaya, itu sebabnya dinamakan Buraq iaitu bermakna kilat cahaya. Apakah implikasi dan konsep pergerakkan pantas zaman Baginda yang di adaptasi zaman kini????? iaitu konsep kelajuan cahaya untuk bergerak pantas, saintis kini menjalankan pelbagai ujian dan pengiraan untuk mencipta mesin yang boleh bergerak dengan kelajuan cahaya.
- Arasy - bermakna tempat bersemanyam Allah menurut Al-Quran, ia juga bermakna singahsana, bangunan, istana dan juga takhta, namun kita tidak boleh menyamakan kaedah Allah bersemanyam dengan cara makhluk bersemanyam/duduk. Kerana Allah tidak boleh di samakan dengan apa sekali pun makhluk yang ada di dunia hatta alam galaksi ciptaanya, maka dengan ini hanya Allah sahaya yang mengetahui.
- Ketika ini jugalah arah kiblat bertukar dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram (Mekah)
Wallahuallam......
Sumber: http://khaziminrazali.blogspot.com