Hidup ini sebagai tempat kita kumpul bekalan akhirat ^_^

Thursday, March 15, 2012

Kebesaran Allah Di Sebalik Tubuh Manusia!



Allah s.w.t Yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana telah mencipta manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dan di sebalik ciptaan ini, tersimpan banyak rahsia dan hikmah yang tidak diketahui manusia. Rahsia-rahsia yang akan dipaparkan di bawah ini pun hanyalah sebahagian kecil saja darinya. Yang Maha Mengetahui segala rahsia hanyalah Allah Ta'ala.

Sebenarnya, banyak anggota tubuh kita terukir simbol dan tulisan arab, dan lebih tepat lagi, ada nama Allah dan simbol-simbol yang berkaitan dengan Islam padanya. Mengapa tangan kita ada lima jari? Mengapa batang leher kita dijadikan tegak oleh Allah? Mengapakah dalam solat mengandungi perbuatan berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud?  Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah pada diri manusia yang jarang disedari.


Nama Allah pada 5 jari tangan

Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Dia telah menunjukkan keagungan-Nya melalui penciptaan lima jari manusia, yang melambangkan huruf-huruf : Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan dan tulisan Arab, seperti dalam gambar di bawah.

name of Allah 19

Bilangan nama-nama Allah pada tapak tangan

Jika kita balikkan pula tangan, dan melihat ke telapaknya, maka di situ kita akan lihat urat-urat yang akan membentuk tulisan nombor dalam Bahasa Arab. Nombornya ialah 81 di telapak tangan kiri dan 18 di telapak tangan kanan. Jika dicampur kedua nombor tersebut, jumlahnya ialah 99. 

Dan adalah nombor 99 itu adalah simbolik kepada 99 nama Allah, yang dipanggil sebagai Asma-ul Husna (Nama-nama yang baik). 

name of Allah 20

Jari tangan manusia yang normal ada 5. Begitulah simboliknya kepada solat wajib yang Muslim mesti tunaikan dalam sehari iaitu solat 5 waktu yang terdiri dari Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.


Saluran udara pada paru-paru membentuk kalimah Tauhid

Ahli sains telah menemui bahawa saluran-saluran udara di dalam paru-paru manusia membentuk kalimah 'La ilaha illallah' (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam tulisan Arab. Lihat gambar di bawah, bentuk saluran udara itu betul-betul jelas mengeja kalimah Tauhid itu.

Foto oleh: Dr Syed Ashrafuddin, Jeddah, Saudi Arabia



Perbuatan-perbuatan dalam solat adalah simbol bagi nama Nabi

Berdiri lurus dalam solat melambangkan huruf Alif (ا), ruku' melambangkan huruf Ha (ح), sujud melambangkan huruf Mim (م), dan duduk (د) melambangkan huruf Dal. Ia akhirnya membentuk perkataan Ahmad dalam tulisan Arab, nama Nabi Terakhir yang membawa Perjanjian Terakhir.









احمد  =  ا + ح + م + د  =  Ahmad

Ketahuilah bahawa Ahmad ialah salah satu nama lain bagi Nabi Muhammad s.a.w. Dan mengikut sejarah, ibunya Aminah mahu namakan anaknya itu dengan nama Ahmad, tetapi kemudian datuknya Abdul Mutalib memberikannya nama Muhammad.

Walaubagaimana pun, Ahmad dan Muhammad di dalam bahasa Arab maksudnya sama saja, iaitu 'Yang Terpuji'.

"Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: "Hai bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)" ...... " (Surah As-Shaaf : Ayat 6)




Bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dengan teliti akan kelihatan seperti orang yang sedang sujud. Bersesuaian sekali kerana otak berada di dalam tempurung kepala yang digunakan untuk sujud.

Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah, menandakan pengabdian kita pada Yang Menciptakan kita. Maka mengapa masih ada manusia yang sombong dan angkuh tidak mahu SUJUD kepada Tuhan yang mencipta kita?

Otak manusia pun dalam keadaan seperti orang sujud



"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur'an itu benar, dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?"  (Surah Fusshilat : Ayat 53)


Nama Allah ketika angkat jari telunjuk pada duduk tasyahhud dalam solat

Pada duduk tahiyyat akhir dalam solat, adalah sunat kita mengangkat jari telunjuk ketika membaca kalimah syahadah. Jari telunjuk diangkat menandakan Tuhan yang Esa.  Dan perhatikan dalam gambar di bawah, pada urat-urat jari itu akan membentuk kalimah Allah dalam Bahasa Arab, subhanAllah.





"Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu." (Surah Al Infithaar : Ayat 6-8)

Ada keseimbangan (balance) pada perkataan Allah dan Muhammad dalam Bahasa Arab. Begitu juga dengan kalimah Tauhid.  Sila lihat di bawah;

الله  
= 4 huruf, iaitu Alif lam lam ha'

محمد
= 4 huruf , mim haa' mim dal


لا إله إلا الله
= 12 huruf

محمد رسول الله
= 12 huruf


Rujukan: http://peribadirasulullah.wordpress.com/2012/03/13/rahsia-disebalik-kejadian-tubuh-manusia/



Wednesday, March 7, 2012

Bila Al Quran Mula Bersuara...


Waktu engkau masih kanak-kanak.........

Kau laksana kawan sejatiku...
Dengan wudu', AKU kau sentuh dalam keadaan suci, AKU kau pegang..
AKU, kau junjung dan kau pelajari
AKU engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa...........
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi pada AKU...
Apakah AKU bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin AKU bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu AKU hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang... AKU tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana AKU tersimpan
AKU sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu.

Kadang kala AKU dijadikan mas kahwin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau AKU kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini AKU lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, AKU engkau pendamkan.
Dulu, pagi-pagi... surah-surah yang ada pada AKU engkau baca beberapa halaman..
Di waktu petang, AKU kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang... seawal pagi sambil minum kopi, engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan AKU yang berisi ayat-ayat yang datang dari ALLAH Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah² ku (Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat ALLAH yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stesen radio kesukaanmu yang mengasyikkan..


Di meja kerjamu tidak ada AKU untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di komputermu pun kau putar muzik kegemaranmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayat KU.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayat KU pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupai AKU..


Bila malam tiba engkau sanggup bersekang mata berjam-jam di depan TV..
Menonton siaran televisyen..
Di depan komputer berjam-jam engkau rela duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah!
Waktupun cepat berlalu.........
AKU semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingat KU, hanya awal Ramadhan engkau membaca KU kembali
Itupun hanya beberapa lembar dari KU..
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membaca KU..
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan ditanya oleh para malaikat suruhan-Nya
Apakah TV, radio,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat ALLAH s.w.t yang ada pada KU dapat menolong mu ketika itu..
Itu janji Tuhanmu, ALLAH s.w.t.

Sekarang engkau begitu asyik membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika AKU engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
AKU akan datang sebagai pemuda gagah lagi tampan,
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat....

Dan AKU lah "Al-Qur'an", kitab sucimu..
Yang sentiasa setia menemani dan melindungimu..

Peganglah AKU kembali.... bacalah aku kembali AKU setiap hari..
Karena ayat-ayat yang ada pada KU adalah ayat-ayat suci,
Yang berasal dari Allah Azzawajalla,
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah..
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu,
Keluarkanlah segera AKU dari almari, lacimu.......
Letakkan AKU selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah AKU kembali...

Baca dan pelajari lagi AKU....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walaupun secebis ayat,
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan AKU engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....



-Sumber-