Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:
"Tidak
akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi
Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka
akan bersembunyi di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan
pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku
ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak
bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi". (no 7523 ,
riwayat Muslim)
Hadis ini menceritakan
tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini
tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang
Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan
menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di
sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan
izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi
yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam
diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama
Gharqad.
Pada ketika ini, orang-orang Yahudi
sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram
Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir
zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan
sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw. Keegoaan dan
sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam,
sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.
Ramai
juga yang bertanya tentang bagaimanakah rupa pokok Gharqad. Ada yang
menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa
ia pokok Rhu, pokok Kaktus dan sebagainya. Gambar pokok Gharqad yang
dipapar di sini insya Allah akan dapat menyelesaikan kekeliruan tentang
gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai
dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita.
Pokok
Gharqad adalah pokok African Boxthorn, dari keluarga Solanaceae. Ia
sejenis pokok yang berduri dan mempunyai dahan yang berjalin-jalin.
Dikategorikan sebagai beracun, dan buahnya seperti buah tomato, tetapi
kecil dan hanya berdiameter 1 cm sahaja. Daun nya bewarna hijau muda.
Bunganya kecil dan berwarna putih dengan tompok-tompok ungu.
Nama Arabnya adalah Awsaj tetapi lebih popular dengan nama Gharqad di kalangan orang-orang Arab.
Di
dalam laman web JewishNational Fund, terdapat maklumat di mana kerajaan
Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok. Dana
kebangsaan khas ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling
utama adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal.
Laman
ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta
pokok dan projek-projek lain. Penanaman pokok Gharqad ini adalah satu
dari agenda kempen menghijaukan bumi ini dan kempen ini berkumandang di
seluruh dunia bagi mengaburi agenda mereka di Palestin.
Kempen Kerajaan haram Israel "Projek Menghijaukan bumi"
TEMBOK PEMISAH (GHETTO ABAD 21)
Pada
tahun 2005, Israel telah membina sebuah tembok di daerah yang ternyata
jelas bukan wilayahnya. (Jika kita mengaku ia ada wilayah). Tembok
dengan ketinggian 8 meter ini, dua kali ganda ketinggian tembok Berlin
dan sepanjang 730 km. Ia memisahkan 90,000 populasi Palestin dibahagian
Barat dan 42,000 orang dibahagian Timur. Lebih setengah juta orang Islam
menerima kesan yang teruk akibat tembok ini.
Dengan
pembinaan tembok haram ini, ternyata jelas Israel telah mengulangi
sejarah kekejaman Nazi ketika perang dunia ketiga. Ketika itu
orang-orang Yahudi dikurung dalam Ghetto. Ghetto adalah satu kawasan di
mana orang-orang Yahudi dikurung dan pergerakan mereka terkawal sebelum
dibunuh.
Tembok
pemisah yang dibina oleh pengganas Zionis-Israel ini menelan belanja
yang sangat besar dan tidak pernah diumumkan kosnya. Kos pembaikan
kerosakan sepanjang 1 kilometer sahaja, menelan belanja US$4.7 juta.
Namun orang-orang Yahudi ditakdirkan akan menerima nasib seperti yang
telah diberitahu oleh Rasulullah. Mungkin inilah tembok batu yang
dimaksudkan oleh Rasullullah dalam Hadis tersebut ialah batu tembok
pemisah Israel - Palestin ini?
"
Mereka tidak akan memerangi kamu dalam keadaan bersatu padu, kecuali
dalam kampung-kampung yang terbentang atau di sebalik tembok" ( al-Hasyr : 14 )
Umat
Islam yang beriman tidak perlu gusar dengan tembok dan pohon Gharqad
ini kerana kewujudannya adalah petanda ketibaan saat kemusnahan
orang-orang Yahudi. Penghijrahan orang-orang Yahudi dari seluruh pelusuk
dunia ke tanah Palestin sangat-sangat dialukan walaupun ia menuntut
pengorbanan yang sangat besar. Percaya dan yakinlah dengan janji Allah,
saat-saat kemusnahan Yahudi hampir tiba.
Sumber: http://www.maahadsas.edu.my/home/artikel/218-pokok-gharqad-dan-tembok.html
No comments:
Post a Comment