Hidup ini sebagai tempat kita kumpul bekalan akhirat ^_^

Tuesday, August 2, 2011

Hati-hati Ancaman di Setiap Rumah!



Pasti ramai di antara rakan-rakan pernah terbaca beberapa kisah murtad yang semakin berleluasa dikalangan bangsa melayu kita. Bangsa melayu yang pada awal sejarahnya bergelar muslim seawal abad ke 10, hari ini semakin hari peratus yang tinggal Islamnya menjadi semakin berkurangan, bagi yang masih mengaku Islam sekalipun, Islamnya pula hanya tinggal pada nama sahaja. Hanya untuk nikah kahwin, cerai berai dan juga menyambut raya, tak lupa juga apabila ada kematian. Alhamdulillah, dari pembacaan dan penelitian banyak buku ilmiah barat, sedikit sebanyak saya telah dapat membuat rumusan mengapa bangsa Melayu kita yang dahulunya megah dengan Islamnya, kini semakin hari semakin nipis imannya malah hingga ketahap murtad. Amatlah tidak menghairankan sebenarnya kerana sebab utamanya kejadian ini berlaku adalah kerana alat atau mekanisme pemurtad itu sendiri ada disetiap rumah, dan apakah alat permurtad yang saya maksudkan itu?



Anugerah terbesar yang diberikan oleh Allah SW kepada manusia adalah otak (frontal lobe) yang mampu berfikir, merancang, menganalisa dan melihat kesan dimasa depan akibat dari tindakan hari ini. Akan tetapi proses menganalisa dan berfikir itu terhasil secara amnya dari proses elektrokimia yang melibatkan pelbagai jaringan sel-sel otak iaitu neuron yang telah terbentuk hasil dari pembelajaran, pemerhatian dan juga pengalaman. Dari jaringan-jaringan neuron itu tadi manusia akan membuat pilihan didalam hidupnya untuk melakukan sesuatu, samada baik atau buruk. Akan tetapi buruk dan baik itu pula adalah suatu yang subjektif, perlu ada rujukan untuk membuat penilaian dan kemudian membuat pilihan. Melihat budaya cintakan ilmu agama yang semakin menghilang, titik rujukan tidak lagi berdasarkan apa yang Allah SW dan Rasul SAW perintahkan, sebaliknya banyak beralih kepada ilmu dunia dan juga pengalaman. Sebab itu terdapat contoh umat Islam sendiri sudah tidak mempercayai agama, menganggap dunia ini tiada penciptanya, manusia semua berasal dari monyet (evolusi) dan sebagainya. Bagaimana pula rujukan yang berdasarkan pengalaman?

Hidup manusia sehari-hari banyak dikendalikan oleh minda separuh sedar (subconscious mind), dari degupan bernafas, berjalan, berlari hinggalah memandu kereta, manusia tidak perlu minda sedar untuk mengawalnya. Sebab itulah kita boleh berbual sambil memandu dan tidak sedar pun sudah tiba didestinasi, hanya perlu niat sahaja dan secara automatik ianya akan dilakukan oleh minda separuh sedar itu tadi. Contoh yang paling baik adalah solat, kerana sudah dilakukan berulang-ulang kali, manusia tidak perlu lagi "sedar" yang mereka sedang solat, sebab itu fikiran boleh melayang memikirkan pelbagai hal lain, sedar sahaja sudah pun memberi salam. Begitu hebatnya keupayaan minda separuh sedar untuk membantu manusia menjalankan kehidupan sehari-hari, jadi apa pula kesannya jika minda separuh sedar itu tadi boleh diprogramkan untuk melakukan aktiviti-aktiviti atau tindakan-tindakan tertentu? Bukankah ia akan mencorak tingkahlaku dan perbuatan manusia itu sendiri dalam menangani hidup?

Terdapat dua cara utama bagaimana minda separuh sedar boleh diprogramkan, pertamanya adalah dengan melakukan sesuatu itu berulang-ulang, contohnya belajar, membaca, solat, memandu, berjalan dan sebagainya. Begitu juga dengan bahasa yang mana apabila diulang-ulang menyebutnya maka lama kelamaan kita boleh menghafalnya walaupun tidak memahami apa yang disebutkan, contohnya bacaan solat. Keduanya adalah dengan hipnosis atau apa yang dipanggil pukau oleh masyarakat melayu kita. Tetapi hipnosis yang saya maksudkan ini bukanlah yang biasa kita dengar contohnya seseorang itu dipukau untuk menyerahkan wang yang ada pada dirinya, hipnosis yang saya maksudkan disini adalah yang dilakukan secara halus dan dalam jangka masa yang lama dan berterusan. Saya telah mendalami ilmu hipnosis ini dari pembacaan hinggalah kepada mengikuti kursus hipnosis itu sendiri dan apa yang dapati adalah ianya berkait rapat dengan frekuensi otak yang mana ia mewakili keadaan minda seseorang itu pada satu-satu masa. Frekuensi otak ini boleh diukur dengan menggunakan alat EEG (electroechepelograph). 

Terdapat 4 jenis frekuensi otak, iaitu delta, thetha, alpha dan beta. Masing-masing menunjukkan julat bacaan yang mewakili keadaan minda itu sendiri. Contohnya thetha adalah ketika manusia sedang tidur nyenyak, delta semasa keadaan bermimpi. Beta pula adalah apabila manusia itu dalam keadaan penuh sedar dan berfikir. Alpha adalah dimana manusia itu didalam keadaan tenang, dimana otak tidak melakukan proses berfikir yang kritis, ini juga adalah keadaan dimana manusia itu mudah menerima apa jua arahan atau cadangan yang diberikan oleh manusia lain baik secara langsung (percakapan) mahupun secara tidak langsung (gambar, video musik dll.) Semasa proses hipnosis, orang yang akan dihipnosis akan di ajar untuk bertenang dan kosongkan minda dari berfikir dan ketika itulah apa jua perintah akan diturut tanpa dibantah dan ianya akan kekal hinggalah selepas sedar dari keadaan hipnosis itu tadi. Semakin tenang dan santai (frekuensi otak turun dari beta kepada alpha) orang yang dihipnosis, maka lebih berkesankan proses hipnosis itu tadi.

Berbeza dengan manusia dewasa yang otaknya mengalami pelbagai frekuensi dari yang paling rendah (delta) hingga yang paling tinggi (beta), otak anak-anak yang sedang membesar pula punyai frekuensi-frekuensi rendah berdasarkan umur mereka ketika itu, dari lahir hinggalah keumur 2 tahun, kebanyakan frekuensi otak mereka adalah delta, dari 2 hingga 6 tahun frekuensi thetha akan muncul dan dari 6 hingga 12 tahun pula adalah frekuensi alpha. Ini menunjukkan anak-anak yang sedang membesar sebenarnya seolah-olah berada didalam keadaan hipnosis, adakah ini suatu yang buruk untuk anak-anak yang sedang membesar ini? 

Tentu ramai yang ingat kepada hadis Nabi yang mengatakan anak yang lahir ibarat kain putih dan ibu bapa yang mencorakkan mereka? Otak anak-anak yang sedang membesar membuat jaringan-jaringan neuron baru dengan kadar yang amat tinggi, ini sebagai persedian kepada mereka untuk menghadapi kehidupan dimasa akan datang, otak mereka yang tidak punyai frekuensi beta iaitu punyai kemampuan berfikir secara kritis, menganalisa dan sebagainya ini membolehkan maklumat diserap dan jaringan neuron terbentuk dengan mudah. Agak sukar jika kita mahu mengajar mereka sesuatu tetapi diikuti dengan pelbagai pertanyaan mengapa itu dan mengapa begini. Apa yang mereka perhatikan terutamanya dari tingkah laku ibu dan bapa akan diserap sepenuhnya tanpa sebarang penilaian baik atau buruk. Mereka berada didalam keadaan hipnosis dan apa yang diperhatikan akan kekal didalam minda separuh sedar mereka sebagai panduan untuk masa depan.

Akan tetapi dizaman moden ini yang mana selalunya kedua ibu dan bapa keluar bekerja, siapa yang akan memberi rujukan kepada mereka? Otak mereka tidak berhenti membuat jaringan neuron baru setiap masa, mereka tidak "pause" proses tersebut ketika ibu bapa keluar bekerja dan menyambung kembali proses tersebut apabila ibu bapa balik kerumah. Maka nilai-nilai hidup generasi baru hari ini lebih dicorakkan oleh pengasuh, taman didikan dan orang gaji berbanding ibubapa sendiri. Ini tidak bermakna kelakuan ibu bapa tidak akan diikuti, perlu ingat bahawa selama 9 bulan didalam kandungan, anak itu juga mendapat maklumat dari tali pusat ibunya, apa yang dialami, dilakukan dan juga pengalaman ibu dan termasuk juga layanan dari ayah akan turut juga dirasai oleh anak dan juga akan tersimpan didalam minda separuh sedarnya. 

Selain dari pengasuh, taman didikan dan orang gaji, terdapat satu lagi sumber rujukan oleh anak-anak yang sedang membesar untuk menyerap kedalam minda separuh sedar mereka nilai-nilai kehidupan, tidak lain tidak bukan ianya adalah dari alat pemurtad yang saya maksudkan iaitu televisyen. Hampir setiap rumah diMalaysia mahupun diseluruh dunia memilikinya, dan kebanyakan pada kita termasuklah diri saya sendiri dizaman jahil dahulu menganggap bahawa TV adalah suatu kemestian untuk mendapatkan maklumat dari berita ataupun rencana dan yang paling utama sekali hiburan samada siri tv, filem dan juga musik. Merujuk kepada maklumat berita, sekarang saya telah sedar bahawa pihak media kawalan pemerintah ini hanya akan menyiarkan berita yang kita patut tahu, patut atau tidak itu sudah tentulah bergantung kepada agenda mereka pula.

Apa jua yang dipaparkan oleh tv, kita sebagai manusia yang berakal merasakan kita mampu untuk menilai baik dan buruk dan punyai keupayaan untuk mengikutinya jika ianya baik dan menolaknya jika ianya buruk atau tidak baik. Akan tetapi jika minda separuh sedar yang memainkan peranan penting dalam kehidupan ini dan hampir keseluruhannya menerajui hidup kita sehari-hari, pastikah akan kita bahawa adakah benar diri kita sendiri yang membuat pilihan atau minda separuh sedar? Contohnya untuk memilih pakaian menjolok mata menyembulkan dada, atau tiba-tiba ingin menikmati makanan segera yang tertentu, adakah pasti itu adalah "free will" atau kebebasan memilih yang unik dimiliki oleh kita sebagai manusia?

Kajian yang dilakukan oleh Herbert Krugman pada tahun 1969, seorang penyelidik pengiklanan mendapati, apabila seseorang itu menonton tv, dalam masa kurang dari satu minit sahaja frekuensi otak mereka turun dari lingkungan beta kepada alpha, aktiviti otak juga beralih dari otak kiri kepada otak kanan. Otak kiri adalah dimana letaknya pemikiran logikal, dibahagian ini informasi yang diterima dari deria di analisa secara kritis, otak kanan pula tidak mengambil kristis akan informasi yang diterima, hanya mengambil informasi tersebut secara menyeluruh dan lebih kepada beremosi. Penukaran aktiviti otak dari hemisfere kiri ke kanan ini juga menyebabkan rembesan endorphin (endogenous morphin) iaitu dadah morfin semulajadi didalam tubuh badan manusia itu sendiri, sebab itulah manusia boleh menjadi ketagih untuk menonton tv dan ada yang tidak boleh hidup tanpa tv.

Apabila semakin kurang atau tiada pemikiran kritis semasa menonton tv, bahagian emosi otak (sistem limbic) menjadi semakin bertambah, bahagian limbic ini juga dikenali sebagai otak reptilia yang selalunya dikaitkan dengan fungsi mind primitif seperti reaksi "fight or flght" (lawan atau lari), dan bahagian ini juga tidak dapat membezakan apa yang sedang ditonton itu adalah realiti sebenar atau hanya simulasi dari tv, bagi bahagian otak ini apa yang dilihat (contohnya lakonan) itu adalah suatu yang benar, sebab itulah degupan jantung kita akan bertambah pantas semasa menonton filem suspens walaupun minda sedar kita tahu itu hanyalah lakonan filem. 


Fenomena ini menyebabkan manusia terpengaruh dengan budaya hidup yang disogokan secara tidak langsung, contohnya melihat pelakon yang romantik berdua-duaan memadu kasih, otak emosi manusia yang juga merupakan sebahagian besar dari minda separuh sedar akan membawa kehidupan manusia kearah itu juga, iaitu untuk turut juga merasai perasaan romantik itu tadi, bayangkan apa akan terjadi jika yang ditonton adalah filem lucah? Fenomena ini juga diambil kesempatan oleh para pengiklan untuk menanam perasaan hidup tidak sempurna atau tidak gembira jika tidak memiliki sesuatu barangan, ini adalah penjelasan kepada budaya mengejar harta dan kebendaan dikalangan umat manusia dimasa kini, tidak boleh beli secara riba' pintu depan, pintu belakang pun boleh. Mengapa masih ramai yang tidak boleh melihat riba' ikut pintu belakang ini? Untuk menjawabnya anda lihatlah ulamak jenis apa yang selalu menegakkan benang basah sistem perbankan riba' pintu belakang ini dikaca-kaca tv?

Bagaimana pula dengan politik? Kempen anti Gore oleh Bush didalam video yang saya sertakan didalam artikel ini pasti akan menyedarkan anda, bukan setakat mesej secara langsung, mesej subliminal yang tidak terlihat oleh minda sedar akan tetap diterima oleh minda separuh sedar dan akan mempengaruhi rakyat semasa mengundi nanti. Saya dapat rasakan rakan-rakan sekalian sudah boleh memikirkan mengapa pemerintah begitu mengawal media ini disamping media lain seperti radio dan akhbar? Baru-baru ini terdengar pula mahu mengawal internet, nampak sangat hipokritnya, porno boleh, bebas bersuara tidak. Sebab itu pada diri saya, diakhir zaman ini sudah tiada lagi demokrasi, yang ada hanyalah manipulasiArtikel mengenai politik di Itali ini barangkali akan lebih membuka minda anda untuk nampak realiti sebenar kehidupan ini.


Jika anda menganggap dan percaya seratus peratus bahawa anda memiliki kebebasan memilih (freewill) untuk membuat apa jua keputusan didalam hidup, kajian oleh pakar otak Dr Benjamin Libbet pasti akan memeranjatkan anda untuk menilainya semula pendapat anda itu. Didalam buku beliau berjudul Mind Time, beliau mendapati sebelum manusia itu bertindak untuk melakukan sesuatu, aktiviti didalam otak sudah pun bermula seawal 500 milisaat sebelum tindakan itu dilakukan, manusia hanya sedar yang dia akan melakukan sesuatu itu 400 ms selepas aktiviti didalam otak bermula. Jadi, jika aktiviti didalam otak bermula terlebih dahulu sebelum manusia itu menyedarinya, siapakah sebenarnya yang membuat pilihan untuk melakukan sesuatu tindakan, perbuatan, fikiran, emosi dan pelbagai lagi sifat dan keupayaan yang dimiliki oleh manusia?

Dr Michael Gazzaniga, Profesor Psikologi dari Universiti California, didalam siri Brain Story keluaran BBC menyatakan kebanyakan perkara yang kita lakukan dikawal oleh proses yang tidak disedari, pada pendapat saya ini merujuk kepada minda separuh sedar, dan jika minda separuh sedar boleh diprogramkan menerusi tv, mungkinkah budaya kehidupan manusia masa kini adalah refleksi dari apa yang telah dan sering dipaparkan oleh tv? Saya pasti anda semua bersetuju jika saya katakan bahawa memang itulah hakikat kehidupan akhir zaman ini. Jadi jika seseorang manusia itu berkata contohnya Suka Hati Akulah Nak Pakai Apa, mereka sebenarnya menurut sahaja apa yang disarankan oleh minda separuh sedar dan bukan sebenarnya apa yang mereka sangkakan "suka hati mereka" iaitu kebebasan memilih atau "freewill". Mereka ini sebenarnya menjadi hamba kepada minda separuh sedar mereka sendiri yang telah korup akibat dari perbuatan diri sendiri iaitu membiarkan minda separuh sedar mereka dibentuk dan dicorakkan oleh pihak luar.

Akan tetapi adakah ini bermakna kita hanya pak turut sahaja apa yang disarankan oleh minda separuh sedar? Jika bukan kita yang membuat pilihan, bukankah tidak adil jika kita dihukum oleh Allah SW? Tiadakah ruang untuk kita mempraktikkan apa yang kita anggap kebebasan memilih atau "freewill" itu tadi? Dari kajian Dr Libbet juga mendapati, kita sebagai manusia masih punyai kuasa untuk mem"veto"kan saranan atau keinginan tersebut sebelum ianya berlaku. Terdapat jarak masa lebih kurang 100 ms yang mana seseorang manusia itu boleh bertindak untuk menjalankan antiviti mem"veto" itu. Akan tetapi mengapa ramai dikalangan kita yang selalu hanya sedar melakukan kesilapan hanya apabila ianya sudah terjadi? Pada pendapat saya, frontal lobe lah yang akan membantu seseorang itu menerusi minda sedar untuk membantu membuat penilaian dengan rujukan kepada pelbagai maklumat yang tersimpan didalam otak sebelum ini, samada ia boleh atau tidak dilakukan contohnya dari sudut agama, sudut kemanusian dan juga kesannya pada masa hadapan.

Masaalahnya kebanyakan manusia akhir zaman ini tidak lagi mengagungkan budaya ilmu baik ilmu agama mahupun akhirat. Ilmu yang dipelajari hanyalah untuk kemajuan kerjaya yang dimiliki jadi frontal lobe manusia itu tidak punyai rujukan yang lebih luas untuk punyai alasan yang kukuh untuk mem"veto" minda separuh sedar itu tadi. Begitu juga dengan budaya mengagungkan hiburan yang mana tidak menggalakkan budaya berfikir yang mana melemahkan frontal lobe. Menonton TV itu sendiri adalah salah satu penyebab penyakit otak ADD (Attention Deficit Disorder) yang mana menerusi imbasan SPECT jelas menunjukkan frontal lobe yang tidak aktif. Begitu juga dengan pencemaran kimia seperti rokok, alkohol dan juga kafein yang mana itu juga me"nidur"kan frontal lobe. Jadi tidak hairanlah mengapa apa jua budaya yang dipaparkan oleh tv baik fesyen, kelakuan, hubungan lelaki dan wanita (bercinta sebelum kahwin), tabiat seks dan sebagainya menjadi ikutan masyarakat hari ini. Ini belum termasuk hipnosis oleh iklan-iklan yang menjadi pendorong sebenar kearah agama baru dizaman ini, agama materialistik yang mana dosa dan pahala adalah kredit atau debit akaun bank, mubalighnya adalah pengiklan, masjidnya adalah bank dan tuhannya adalah pemegang saham bank tersebut.

Namun agama baru ini tidaklah begitu berbeza dengan pendekatan Islam yang diambil oleh sesetengah ulamak perbankan tersohor akhir zaman ini, perbankan Islam itu sendiri ditubuhkan untuk menyokong agama baru ini iaitu kearah mendapatkan nikmat dunia baik dari beli rumah, kereta dan juga barangan lain, kesannya sama sahaja kepada masyarakat baik pinjam atau jual beli, tetap diperhambakan, mungkin satu hari nanti akan ada mak ayah pengganut kuat agama baru ini akan menamakan anak mereka dengan nama baru, dari Abdullah iaitu hamba Allah kepada AbdulBank, nak nampak Islamik lagi bolehlah letak AbdulIslamikBank.

Jika kita kaji kes murtad dikalangan melayu, bagi perempuan yang murtad, kebanyakannya adalah kerana ingin berkahwin dengan lelaki bukan muslim. Jadi jika ibu bapa menonton filem cinta contohnya filem bollywood yang rata-rata menyarankan bahawa cinta mesti bersatu, biarlah buang mak ayah, sanggup bergaduh sampai pecah-pecah dinding, pecah tembok dan sebagainya demi cinta, maka ini yang diterima bulat-bulat oleh anak-anak yang menonton bersama-sama ibu bapa, jadi apabila anak ini dewasa akan terjadi konflik didalam hidup mereka, sudah tentulah ibu bapa akan menentang dan ini akan menimbulkan stress dan apa stress akan lakukan kepada manusia? Salah satunya melemahkan frontal lobe maka desakan minda separuh sedar atau emosi yang akan membuat pilihan didalam kehidupan. Jadi jika dulu buang mak buang saudara kerana kasih saya turutkan, pada hari ini buang agama sudah boleh dimasukkan kedalam ungkapan tersebut.

Jika tidak murtad sekalipun umat Islam hari ini semakin jauh meninggalkan Islam dan rata-rata menjadi pak turut akan budaya barat yang dipaparkan. Contohnya perlunya bercinta sebelum kahwin itu adalah kerana minda separuh sedar manusia sudah di"basuh" dengan serbuk pencuci filem cinta ditv itu sendiri. Semasa menonton filem cinta atau pun mendengar lagu-lagu cinta, sel-sel tubuh badan manusia tidak tahu samada adakah apa yang di lihat itu adalah sebenarnya yang dialami atau hanya lakonan tv. Otak tetap merembes kimia emosi tertentu yang memberikan perasaan cinta itu sendiri kedalam tubuh manusia, apabila acapkali dihujani oleh kimia emosi cinta tersebut, lama kelamaan sel-sel tubuh badan manusia itu akan senantiasa memerlukan kimia emosi cinta tersebut untuk mengekalkan apa yang digelar keseimbangan atau "homeostasis" didalam sel-sel itu sendiri, maka apabila kimia emosi itu tidak kunjung tiba maka sel-sel akan bergabung menghantar signal keotak, memberi stimulasi kepada otak emosi (limbic) dan mula meminta kimia emosi tersebut, kes ini sama juga bagaimana rasa lapar itu bermula. Jadi apabila tidak di"veto" oleh minda sedar manusia itu sendiri maka manusia sebenarnya hanyalah hamba kepada sel-sel tubuh badan mereka sendiri.

Dan ini telah pun saya kaitkan dengan manusia itu sebagai khalifah dimuka bumi ini, pemimpin dunia luar dan juga dunia dalaman (sel-sel) yang mana mereka secara kolektifnya menjadi minda separuh sedar. Puasa adalah latihan manusia itu sendiri untuk menjadi khalifah dalaman dengan berupaya menangkis bertrillion-trillion sel-sel didalam tubuh badan kita yang mahukan makanan ataupun nafsu. Pemimpin akhir zaman hari ini juga jelas kalah dengan nafsu mereka apabila membuat keputusan didalam pemerintahan hanya untuk kepentingan diri sendiri dan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan kuasa mereka, kerana apa? Kerana dengan kuasa yang mereka perolehi itu mereka dengan mudah melayan kerenah sel-sel mereka yang sentiasa dahagakan nikmat dari luar, samada makan minum mahupun tidak perlu bekerja keras untuk mendapatkan apa yang dihajati iaitu nikmat dunia seperti harta dan kesenangan.

Contohnya bagi simiskin, mereka perlu membanting tulang iaitu sel-sel mereka perlu melakukan kerja untuk mendapatkan makanan, jika dengan hanya melakukan usaha yang sedikit contohnya korup dan makan duit rakyat, mereka tetap boleh makan, malah boleh makan dengan lebih mewah lagi, maka sel-sel mereka yang membentuk minda separuh sedar akan senantiasa meminta mereka untuk kekal korup agar tidak perlu bersusah payah seperti sel-sel kepunyaan simiskin. Pemimpin sebegini sebenarnya adalah hamba kepada sel-sel mereka sendiri, lebih teruk lagi menggunakan kuasa mereka untuk menindas rakyat. Ambil contoh pemimpin kafir yang mengutamakan budaya arak yang terbukti melemahkan frontal lobe, mana mampu mereka mem"veto"kan kemahuan nafsu mereka untuk menahan diri untuk lebih korup?

Bagaimana pula dengan pemimpin kita yang kita "assume" tidak minum arak? Jika rujukan agama yang sepatutnya diambil kira oleh frontal lobe dalam usaha mem"veto"kan kelakuan yang telah terjana didalam otak tidak dimilki, atas dasar apakah penilaian yang akan mereka gunakan? Dan jika pemimpin ini rata-rata mendapat pendididikan barat yang tidak langsung berlapikkan Islam, membesar pula dengan makan bersuapkan sudu perak (anak orang kaya), mana mungkin mereka akan mengambil kira prinsip Islam didalam pemerintahan apatah lagi mengerti erti sebenar kesusahan kerana sel-sel tubuh badan mereka tidak pernah membanting tulang untuk mencari sesuap makanan? Minda separuh sedar mereka akan senantiasa menghantar signal keotak agar mereka kekal korup dan lebih korup dan menggunakan pelbagai cara untuk mngekalkan kuasa mereka "by hook or by crook".

Sebab itu pada pendapat saya dalam bab memilih pemimpin ini juga kita mesti ikut saranan Nabi dalam bab mencari pasangan, untuk selamat dunia akhirat pilihlah yang punyai kuat pegangan agama dan bukannya yang boleh bagi kita kontrak untuk projek, bukan yang membangunkan negara dengan pinjaman luar yang sudah semestinya perlu dibayar balik dengan riba'. Akan tetapi oleh kerana kebanyakan kita sendiri sudah kalah dengan sel-sel kita sendiri, hanya jadi pak turut sahaja dan lantas diperhambakan oleh mereka yang berkuasa (melalui pinjaman atau pembiayaan bank) kerana takut tidak mampu mendapatkan nikmat dunia yang akan menyebabkan sel-sel terpaksa berusaha keras untuk mendapatkannya.

Dan apa yang dipaparkan oleh pihak media contohnya tv juga adalah refleksi dari corak pemikiran pemimpin kita sendiri, jika mereka senang, gembira dan bersetuju dengan budaya hiburan, maka itu jugalah yang akan diutamakan dan dipaparkan didalam media itu sendiri. Begitulah juga penerimaan kita terhadap budaya hiburan tersebut, ianya juga adalah refleksi terhadap apa yang dominan didalam minda kita sendiri. Terus-terang saya katakan, kemampuan saya untuk menulis artikel, membaca buku-buku ilmiah dan berkongsi dengan rakan-rakan ini tidak mampu saya lakukan jika saya terus kekal mengutamakan budaya hiburan. Saya telah lama meninggalkan budaya menonton filem sampah baik filem cinta, fiksyen, hantu dan sebagainya. Apa yang saya tonton hanyalah ceramah, kuliah, debat ataupun dokumentari. Ya, memang ianya juga masuk keminda separuh sedar saya akan tetapi saya punyai pilihan maklumat apa yang saya ingin "hipnosis" diri saya sendiri, iaitu sudah tentulah ilmu-ilmu yang membantu saya, contohnya untuk menulis artikel sebegini.


TV ternyata lebih memberikan kesan buruk dari kebaikan, hanya membawa manusia kealam fantasi dan kemudiannya menjadi "carbon copy" kafirun sebagaimana yang diinginkan oleh musuh-musuh Islam. Musuh-musuh Islam tahu bahawa jika mereka mengishtiharkan perang secara terbuka mereka akan kalah kerana umat Islam (full time muslim) tidak takut mati, begitu juga jika masuk kampung dengan kepit bible dan membawa salib untuk mengajak umat Islam memasuki agama mereka, sudah pasti akan diparang dan dipedangkan oleh orang Islam jadi cara yang paling mudah adalah dengan manipulasi minda separuh sedar yang mengawal dan menjalankan hampir keseluruhan kehidupan manusia itu sendiri. Dengan secara perlahan-lahan menarik manusia untuk mengikut cara hidup masyarakat barat iaitu menjadi "carbon copy" mereka menerusi apa yang dipaparkan di tv, budaya cinta sebelum kahwin, cinta harus bersatu, pakai baju dedah sana dedah sini, fesyen, mengagungkan kebendaan dan sebagainya, semua ini adalah tali-tali halimunan yang menarik umat Islam secara perlahan-lahan untuk meninggalkan Islam. Dan buktinya sudah jelas, menurut mufti Perak yang membuat kenyataan bahawa seramai 250,000 umat Islam sudah murtad dinegara kita ini.

Jadi fikir-fikirkanlah wahai rakan-rakan sekalian, jika anda yang menganggap anda punyai kebebasan memilih atau "freewill" didalam kehidupan, jika TV, filem dan lagu-lagu hiburan adalah budaya anda maka ketahuilah anda hanya bermimpi disiang hari. TV adalah antara penyebab utama mendorong budaya murtad, begitulah juga dengan filem wayang dan juga musik baik hanya lagu ataupun secara video, ianya juga bertindak sebagai mubaligh agama baru bernama "materialisme" yang ustaz-ustaznya adalah pengiklan-pengiklan yang senantiasa memanipulasikan minda manusia. Sesuatu yang memberi keburukan lebih dari kebaikan sepatutnya ditinggalkan, ini tidak bermaksud anda perlu buang tv anda dengan serta merta akan tetapi secara perlahan-lahan kurangkanlah masa anda terutamanya anak-anak dari menontonnya, begitu juga harus lebih bertanggungjawab untuk menapis apa yang akan ditonton terutamanya oleh anak-anak. Pada pendapat saya kita sebagai umat Islam punyai banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk mengisi ruang masa yang selama ini dicuri oleh TV, contohnya kemasjid untuk solat berjemaah dan juga mengajar anak membaca Al Quran dan juga terjemahan. Jika rasakan boleh hidup tanpa tv ada dirumah, itu lebih baik lagi.

Disini saya ingin merumuskan kembali tiga kesan utama akibat dari penyembahan tv ini kepada kehidupan manusia dan amat berharap rakan-rakan sekalian memikirkan sedalam-dalamnya rumusan ini, TV;





  1. Mencorak minda manusia untuk lari dari nilai moral dan kehidupan sebenar berlandaskan Quran dan sunnah (contohnya murtad, batas hubungan lelaki wanita, cara berpakaian dan sebagainya).
  2. Membawa ajaran agama materialisme, hidup mengejar kebendaan dengan anggapan kebendaan itu membawa kebahagiaan hingga sanggup meminjam untuk mendapatnya secara cepat malah hingga sanggup memanipulasikan cara untuk mendapatkannya (bukan pinjam tapi dibiayai).
  3. Manipulasi pemikiran rakyat untuk memastikan pemimpin yang korup akan kekal berkuasa melalui kawalan minda baik mesej subliminal ataupun berita yang berat sebelah.
Ia menjelaskan mengapa ramai semakin murtad, ia menjelaskan mengapa ramai yang mengejar dunia kebendaan dan ia juga menjelaskan mengapa pemimpin yang korup kekal berkuasa. Memang ada lagi beberapa faktor yang boleh dikaitkan akan tetapi tv inilah penyebab utamanya.

Semakin kurang kita mengadap TV, semakin banyak kita meninggalkan budaya hiburan maka semakin ter"jaga"lah frontal lobe dari lena yang panjang, dengan mengkayakan budaya ilmu pula makin luaslah pilihan-pilihan jaringan neuron didalam otak yang akan membantu frontal lobe untuk membantu manusia mem"veto" kemungkaran dan menggalakkan kebaikan dan kasih sayang sesama insan, dengan solat yang khusuk, fokus dan memahami ayat yang dibaca pula akan menguatkan frontal lobe dan juga akan menghujani sel-sel didalam tubuh badan kita dengan kalimah-kalimah Allah, maka barulah solat benar-benar dapat mencegah kemungkaran apatah lagi untuk murtad, insyaallah.


Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2011/02/alat-pemurtad-ada-disetiap-rumah.html#ixzz1Tuq8ybQ7



Ketahui rahsia khusyuk dalam solat di sini :)

Monday, August 1, 2011

Ahlan wasahlan ya Ramadhan Kareem!



 “Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.


Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan oleh-NYA. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.”


Kalimat-kalimat indah diatas adalah penggalan dari khutbah Rasulullah yang masyhur dikalangan kaum mukminin dan sering disampaikan para khotib atau mubaligh ketika tibanya Bulan Suci Ramadhan.

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling dinantikan kehadirannya oleh kaum mukminin. Bulan Ramadhan dijadikan momentum bagi setiap insan untuk memoles dan menghiasi wajah dengan ketakwaan dan ketaatan. Bulan Ramadhan adalah waktunya bagi kita untuk mematri jiwa dengan ketaatan dan taqarub kepada Allah. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk men-tarbiyah diri kita dengan ibadah-ibadah utama.

Bulan Ramadhan adalah bulan untuk mencampakkan diri dari gelegak nafsu syahwat dan penyakit jiwa. Ramadhan datang untuk membersihkan penyakit-penyakit yang bersarang dalam jiwa. Mendidik jiwa supaya tidak terperangkap pada pintu-pintu jebakan di depannya, seperti ghibah, dengki, memata-matai dan adu domba (namimah). Ramadhan juga melatih jiwa agar pintu-pintu jebakan itu tidak terbuka diluar bulan Ramadhan. Bulan

Ramadhan adalah bulan pembinaan (syahruttarbiyah), bulan pelatihan dan pembentukan (takwin) serta penyucian dari segala bentuk kelalaian dan kesalahan yang disengaja ataupun tidak, selama sebelas bulan sebelumnya. Malamnya bersambung siang. Seluruh siangnya adalah puasa. Seluruh malamnya adalah qiyamullail, tadarus dan dzikir.

Tatkala kita menyadari sepenuh hati bahwa, selama sebelas bulan yang telah lewat, alih-alih kita menampakkan pengabdian diri kepada Allah dan mengamalkan kesalehan dengan penuh keikhlasan, malah justru kita campakkan hidup kita dalam kubangan lumpur dosa dan kesalahan, terlena dan diperdaya oleh kekuatan hawa nafsu sehingga melacurkan diri ke jurang kenistaan. Maka inilah saatnya bagi kita untuk membersihkan diri dan mematrikan ketaatan dan ketaqwaan kepada-Nya. Di bulan inilah kesempatan untuk memperbanyak introspeksi, penyucian ruhani dan ”mandi besar” dari dosa dan kesalahan.

Marilah kita sambut Ramadhan ini dengan kegembiraan, kesadaran dan kesungguhan. Jauhkan niat kita untuk menjadikan Ramadhan sebatas ”topeng kesalehan” untuk menutupi dan menyembunyikan ”wajah” dan identitas asli kita. Seringkali di bulan agung ini, banyak yang mendadak jadi orang yang nampak ”saleh”. Entah karena ketulusan atau hanya sebatas penghormatan pada bulan suci itu. Mereka berpenampilan muslim. Mereka nyanyikan lagu-lagu religius, mereka kenakan busana-busana muslim/muslimah untuk membungkus tubuhnya, mereka ucapkan ayat-ayat suci, mereka unjukkan simbol-simbol keislaman. Itupun hanya berlaku di siang hari saja, sementara pada malam hari dan pada acara-acara serta kesempatan yang berbeda, mereka pertontonkan aurat, keseronokan, keglamouran dan sensualitas. Ketika ramadhan usai dan meninggalkannya, mereka buka kembali topeng yang menyembunyikan identititasnya itu dan kembali memperlihatkan wajah aslinya serta tenggelam di alam dan habitatnya.

Marilah kita memohon kepada Allah untuk diberi kekuatan dan kesanggupan untuk memakmurkan bulan ini dengan ibadah dan ’amal shaleh. Dan semoga kita menjadi tamu-tamu Allah yang pantas mendapat jamuan terbaik dari-Nya.

Ya Allah, karuniakan kepada kami kemampuan untuk menyadari keutamaan Ramadhan, kemampuan untuk mengagungkan kemuliaannya dan kemampuan untuk menghiasinya dengan amalan-amalan yang diperintahkan-Mu serta kemampuan untuk menjaga diri dari amalan-amalan yang Kau larang didalamnya. Bantulah kami untuk mampu melaksanakan puasa dengan menahan seluruh anggota badan dari maksyiyat kepada-Mu dan menggunakan segenap kemampuan untuk memperoleh keridhaan-Mu.


Ya Allah, jagalah lisan kami sehingga tidak mengeluarkan dari padanya ucapan kotor, ghibah, dusta, namimah, hinaan dan cacian. Jagalah pendengaran kami sehingga tidak menghadapkannya pada suara yang sia-sia, Jaga penglihatan kami sehingga tidak melayangkannya pada pandangan-pandangan yang berdosa. Dan jagalah tangan kami dari berbuat kedzhaliman, janganlah Kau langkahkan kaki kami ke tempat yang tidak Kau ridhai.


Ya Allah peliharalah hati dan fikiran kami sehingga semata-mata hanya dihiasi dengan dzikir dan rasa mahabbah kepada-Mu. Berikan kemampuan pada hati dan fikiran kami untuk menyadari kelemahan dan ketakberdayaan diri kami, sehingga dijauhkan dari sifat-sifat riya’, ’ujub, sum’ah dan takabbur.
Amin Ya Mujibas Sailin.


Sumber: http://muhammadirfani.wordpress.com/2011/07/28/bersiap-menjadi-tamu-allah/

Tuesday, July 12, 2011

Petua Mencuci Hati




Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya Allah, jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan :)

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-Allah”(Surah Al-Ikhlas) sebanyak 3x

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
Tetapi jgn sampai bangga diri ye=)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : “Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama’.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)

Sumber:- Artikel iluvislam.com

Memaafkan Untuk Syurga


Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia.

Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi.

Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham.

Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.

Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: “Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu.”

Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.

Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.

Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.

Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.

Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, “Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang.”

Lelaki itu menjawab, “Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku.”

Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.

Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.

Sumber: - Artikel iluvislam.com

Saturday, July 9, 2011

Bahaya Bisikan Syaitan!

Bangsa dan puak inilah yang paling ramai sekali. Bangsa Syaitan ini yang banyak diperkatakan di dalam Al-Qur’an. Puak Jin Syaitan ini mempunyai kerajaan dan Raja-raja mereka sendiri. Pentadbirannya juga serupa dengan kerajaan yg telah disebutkan terdahulu.

Mereka inilah yang merupakan gerak jentera kerja Iblis dan Izazil untuk menghasut manusia supaya melalaikan Ibadah, melambat-lambatkan solat, perasan malas, membisik di dalam hati manusia akan keseronokan dunia. Manusia akan rasa perbuatan haram itu lebih nikmatnya dari perbuatan yang halal dimana ia sebenarnya adalah duduk didalam waham semata-mata.

Mengadu domba atau bercerita dan menyampai-nyampai cerita peribadi orang sehingga menimbulkan fitnah yang besar dan pergaduhan hingga masuk ke dalam makamah, saman-menyaman yang disensasikan di dalam TV dan didada akhbar-akhbar.

Membuat manusia suka berkhayal memasang angan-angan dan seterusnya pengambilan dadah untuk duduk terus di dalam khayal yang jauh bagi melupakan masalah pejabat, tekanan kerja, stress, masalah rumah tangga, masalah kewangan yang meruncing, beban hutang syarikat, beban hutang Bank dan lain-lain. Menjadi peminum arak dan seterusnya terjebak di dalam ketagihan arak dan dadah yang kronik. Maka hancur musnahlah kehidupan manusia itu akibat hasutan syaitan tadi.

Menimbulkan perasaan cemburu yang melampau-lampau yang asalnya hanya kecil dihati merebak menjadi besar kerana melayan perasaan ini. Memang manusia ada sedikit perasaan cemburu, tetapi ia harus dididik ke arah kebaikan, bukan mengikut arah syaitan yang sentiasa menunggu peluang dan ruang yang anda buka untuknya.

Cemburu dalam semua pekara, cemburu melihat kejayaan orang lain. Cemburu melihat kekayaan orang lain, Cemburu melihat kecantikan orang lain dan merebak menjadi segala-gala yang dilihatnya akan mendatangkan cemburu, iri hati hingga digelar busuk hati. Ia inginkan kesemua yang dimiliki oleh orang lain itu menjadi miliknya.

Atau cuba mengatasi jiran tetangganya dalam segala hal. Ia sentiasa mahu nampak lebih dari rakan-rakan, jiran tetangga malahan lebih lagi dari semua penduduk bumi yang ada. Inilah sifat cemburu yang melampau dihasut oleh Syaitan.

Biasanya manusia yang terjebak dengan hasutan Syaitan ini hanya bermula dari masaalah yang kecil sahaja dan akan berlarutan menjadi besar hingga membinasakan diri manusia itu sendiri.

Di dalam contoh yang lain sesorang yang selalu bercakap besar, akan terus menerus berbohong sehinggakan menyampai kepada masalah yang lebih besar pun terpaksalah dia berbohong juga. Dari bercakap besar kepada berbohong dan kepada menipu pula. Hingga ia tertangkap kerana menipu rakan niaganya. Oleh kerana hendak menyedarkannya, tindakan undang-undang diambil ke atasnya supaya ia sedar akan perbuatan hinanya itu.

Satu lagi hasutan syaitan ialah dari perasaan iri hati diatas kejayaan rakannya dan kemunduran perniagaannya maka timbul pula perasaan berperasangka buruk kepada rakannya itu. Ia menyangka perniagaannya itu akibat perbuatan rakannya yang telah berjaya itu.

Perasaan Syak ini amat merbahaya yang akan pula merebak kepada penggunaan ilmu sihir, santau, tuju-tuju, penganiayaan kepada rakannya itu. Jadi meranalah rakannya kerana sihir yang dibuatnya melalui seorang bomoh. Dia gembira melihat hajatnya tercapai dan asyik tersenyum diwajahnya saban hari. Hatinya puas kerana berjaya menjatuhkan rakannya sendiri.

Walhal semua itu adalah perbuatan Syaitan yang membisik-bisik dihatinya. Rakannya itu langsung tidak berbuat apa-apa kepadanya. Kerana syaitan mendatangkan perasaan syak yang tinggi maka pekara ini berlaku. Ingatlah tuan-tuan akan bisikan Syaitan tidak pernah berhenti selagi kita hidup.

Thursday, July 7, 2011

Hati-hati dengan simbol "Peace"!



1 2 3! Kebiasaanya kita selalu angkat tangan Peace semasa mengambil gambar. Tapi anda semua tahu tak rahsia di sebalik lambang Peace itu? Ok, di sini saya ingin berkongsi sedikit mengenai rahsia lambang Peace!


Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).


Richard Nixon



Winston Churchill



Yasser Arafat

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya berasal dari simbol gerakan Illuminati!!. Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati(pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives”(Hukum Lima).

Dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan(Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Simbol PEACE ni adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian(antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah.Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud Past(Palang kanan), Present(Palang tengah) dan Future(Palang kiri) 
Sumber: http://saint-guerre.blogspot.com/2010/04/secret-sign-peace-symbol.html

Wednesday, June 15, 2011

Fenomena Gerhana Bulan Penuh pada Khamis (16 Jun 2011)

PUTRAJAYA: Umat Islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat khusuf iaitu solat sunat gerhana bulan secara berjemaah bersama khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh yang dijangka berlaku malam ini (Khamis-16 Jun 2011).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha, berkata galakan mengerjakan ibadat itu berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim yang antara lain menegaskan supaya mendirikan solat dan berdoa apabila melihat gerhana.

“Jakim menyeru semua masjid dan surau mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mengadakan solat sunat khusuf serta khutbah gerhana. “Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku,” katanya melalui satu kenyataan, di sini, semalam. Cawangan Falak, Jakim menjangkakan fenomena gerhana itu akan bermula pada jam 1.25 pagi Khamis dan mencapai tahap kemuncak pada jam 4.12 pagi, sebelum berakhir pada jam 6.59 pagi.

FENOMENA GERHANA BULAN PENUH PADA 2007
Othman berkata, pihak Jakim melalui Cawangan Falak dan masjid utama membabitkan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra, Putrajaya akan menganjurkan solat sunat khusuf pada jam 3 pagi.

Menurutnya, Masjid Putra dipilih sebagai lokasi utama majlis solat sunat berkenaan, termasuk mengadakan aktiviti cerapan. Sumber ---> HARIAN METRO



Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda;

”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karana kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah solat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044)


Pssstt : setiap kejadian pasti ada hikmahnya, bersyukur pada nikmatNya..tanpa bulan, bumi x bercahaya n berseri d waktu malam..

Sumber: http://eyananoorazlan.blogspot.com/

Sunday, June 12, 2011

Manusia dalam 5 Alam

Dengan nama Allah yang maha Pengasih maha Penyayang,


Segala puji bagi Allah S.W.T yang mana telah mencipta bumi dan langit, bumi itu pula berlapis, dan langit itu betingkat walaupun kita tidak dapat lihat dengan mata kasar. Begitu juga dengan manusia yang hidupnya itu akan melalui alam-alam, yang bermula dengan penciptaan datuk moyang kita Nabi Adam A.s hingga ke alam barzakh sebelum kita ke alam yang abadi samada ke Syurga @ Neraka...

Berapa alam yang manusia akan lalui sebenarnya?

Alam yang pertama
 
1. Alam yang kita lalui di sulbi ayah.
2. Kemudian berpindah ke dalam Rahim ibu.


“Dan ketika Tuhan kamu menjadikan keturunanAdam dari punggungnya, dan Tuhan mengambil kesaksian dari mereka dengan berkata: Bukankah Aku ini Tuhan kamu? Mereka berkata: Bahkan! Kami menjadi saksi, bahwa kamu nanti di Hari Kiamat tiada dapat mengatakan, bahwa kami ini lalai dari perkara itu”
Surah Al-A’raaf ayat 172

Jelaslah di ayat ini, yang mana Allah S.W.T telah menyatakan kisah Hari Mitsaaq (hari perjanjian) yang mana kita (zuriat Nabi Adam A.s) telah pun berjanji untuk mengakui keesaan dan ketuhanan Allah S.W.T. Alam yang manusia telah pun lalui di alam yang mana masanya sejak Allah Ta’ala mencipta Adam A.s dan membekalkan zuriat di tulang punggungnya yang penuh keberkatan.

Alam yang kedua

Alam yang kita menjalani hidup di dunia ~ALAM KITA SEKARANG!

Ibnul jawzi telah membahagikan peringkat-peringkat umur itu kepada lima kategori:

1. Masa kanak-kanak: iaitu dari peringkat umur bayi hingga seseorang itu mencapai umur lima belas tahun.
2. Masa muda: iaitu dari peringkat umur lima belas tahun (15), hingga umur tiga puluh lima tahun (35).
3. Masa dewasa: iaitu dari peringkat umur 35 tahun, hingga 50 tahun.
4. Masa tua: iaitu dari peringkat umur 50 tahun hingga umur 70tahun.
5. Masa tua Bangka, iaitu dari peringkat umur 70 tahun hinggalah ke akhir umur yang dikurniakan Tuhan.

Mengapakah para Ulama telah membahagikan umur-umur manusia hingga sedemikan peringkat? Apa yang kita sebagai manusia -lebih lebih lagi umat Islam- dapat mempelajari dari pembahagian ini?

Kerana di alam yang kedua inilah (alam yang tidak kekal) alam yang manusia diminta untuk beramal dan diuji, amalan kita di ambil kira (dihisab). Oleh itu, maka elok kita mengenal pasti peringkat mana yang harus kita mula mendidik dan beramal anak-anak kita. Bukan kah Nabi Muhammad S.A.W telah memesan umat Islam:


“Kedua kaki anak Adam itu akan tetap berdiri di hadapan Tuhannya pada Hari Kiamat, sehingga selesai ditanya tentang empat perkara”

1. Tentang umurnya, untuk apa dihabiskan.
2. Tentang mas mudanya, untuk apa dipergunakan.
3. Tentang hartanya, dari mana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan.
4. Tentang ilmunya, apa yang sudah dibuat dengannya.

Alam yang ketiga

Di alam Barzakh, ketika kita di kubur.

Bermulanya dari masa manusia keluar dari dunia ini dengan menempuhi mati hinggalah ia dibangkitkan dari kubur.

Siksaan kubur

Siksaan Kubur adalah HAK iaitu benar, sepertimana Rasulullah s.a.w pernah berpesan. Dan beliau telah mengkhabar pada umatnya, “Kebanyakan siksa kubur disebabkan tiada memlihara diri dari kencing.”
Nabi juga berpesan supaya kita memohon pada Allah Ta’ala supaya dihindarkan dari siksaan kubur.
Alam yang Allah S.W.T telah nyatakan dalam firmannya:

“Dan di hadapan mereka terdapat Barzakh, hinggalah ke hari mereka dibangkitkan.” (Al-Mu’minun: 100)

Di alam ini, walau jasad musnah – kecuali para wali-wali Allah S.W.T- ditelan bumi dek zaman, tetapi roh manusia itu kekal di alam Barzakh. Di alam yang mana manusia lalui antara alam Dunia dan alam Akhirat di masa antara dua tiupan.

Alam yang keempat

Di padang Mahsyar

Bermulanya daripada kebangkitan manusia dari kuburnya untuk menerima pengadilan Tuhan, sehinggalah kepada masuknya ahli syurga ke syurga, dan masuknya ahli neraka ke dalam neraka.

“ Dan ditiupkanlah pada sangkakala, maka mereka pun bangun dari kubur masing-masing, lalu dating kepada Tuhan mereka dengan berbondong-bondong.”
(Yasin: 51)

Mizan (Amalan ditimbang)

Di alam ini, umat manusia akan melalui saat genting, mereka akan menuju ke padang Mahsyar supaya amalan mereka dihitung oleh Allah S.W.T, bahkan amalan mereka akan di timbang, sebagaimana firman Allah Taa’la:

“ Dan neraca pada hari itu tepat, maka barangsiapa yang berat timbangannya (kebaikan), niscayalah mereka itu menjadi orang-orangyang beruntung. Dan barangsiapa yang ringan timbangannya, niscayalah mereka itu adalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka tiada mempercayai keterangan-keterangan Kami.” (Al-A’raf:8-9)

Di titian Shirath


Setelah itu manusia akan melalui Shirath (jembatan), yang mana ianya dipasang di atas muka jahannam, seperti diriwayatkan, Shirath itu lebih tajam dari pedang dan lebih halus dari rambut, tatkala itu manusia akan melaluinya menurut kadar amalan masing-masing.
a. Ada yang umpama kilat ketika melintasi titian Shirath. Ada yang umpama angin. Ada yang seperti burung atau kuda.
b. Begitu juga ada yang merangkak dan ada yang dijilat api, dan yang ada terjerumus ke gaung nereka.

Di telaga Nabi Muhammad S.a.w (Haudh)

Setelah terlepas dari titian Shirath, tatkala itu umat manusia yang beriman akan menghampiri Haudh (telaga) Rasulullah S.a.w dan sekali teguk saja segala haus dan dahaga akan hilang. –Supaya Allah mengurniakan pada kita seteguk dari cawan Rasulullah S.a.w- Air dari Haudh itu lebih putih dari susu, lebih manis dari madu.

Pesanan Rasulullah S.a.w

“Siapa yang melepaskan dari seorang Muslim satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, niscaya Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan Hari Kiamat. Siapa yang menutup rahsia (keburukan) seorang Muslim, niscaya Allah akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat.”

Dan marilah kita hayati kata mutiara dari Rasulullah S.a.w sebagai pedoman untuk kita tempuhi alam yang keempat ini, dan kita mengharapkan Syafaat dari Baginda S.a.w disaat itu sepertimana kita mengharapkan Syafaat serta Wasilah Beliau setiap kali kita membaca Doa azan, “Wahai Tuhanku yang memumpunyai seruan yang sempurna ini dan sembahyang yang akan didirikan ini, berikanlah dengan limpahan kurniaMu kepada Muhammad Wasilah(kedudukan yang paling tinggi dalam syurga) dan keutamaan serta limpahkanlah kepadanya Maqam yang terpuji yang Engkau telah janjikanbaginya.”

Alam yang Kelima

Di negeri Abadi (Syurga dan Neraka)

Di alam ini, adalah masa kemasukan ahli neraka dan kemasukan ahli syurga ke syuga buat selama-lamanya yang tiada hujung dan penghabisannya.

Bukankah Nabi Muhammad S.a.w diutuskan untuk membawa rahmat untuk alam-alam, namun begitu ada yang telah mengingkari risalah yang di-utuskan oleh Allah S.w.t. Maka balasan buat oleh yang telah mendustakan Nabi dan tidak beriman, maka balasan mereka seperti tertera dalam Al-Quran:

“ Maka Aku memperingatkan kamu akan api yang bernyala. Tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang jahat. Yang mendustakan (kebenaran) dan yang membelakangkan.” (Al-Lail:14-16)

Telah Allah ciptakan neraka itu dengan mempunyai tujuh pintu. Sebagaiman yang tersebut di dalam Al-Quran:
“Neraka itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu daripadanya ada bahagian yang sudah ditentukan.

Nama-nama pintu dan tingkat neraka;

1. Jahannam
2. Saqar
3.Lazha
4.Huthamah
5. Sa’iir
6.Jahim
7. Hawiyah

Semua lapisan neraka yang tujuh itu telah diasak dengan berbagai-bagai penyiksaan yang berat, hukuman yang dahsyat serta penghinaan yang terkeji. – Kami memohon Allah Ta’ala, agar Dia melindungi kami sekalian dari siksaan api neraka dan melindungi datuk-nenek kita, kekasih-kekasih kita dan semua kaum Muslimin.

Syurga buat mukmin

Alam syurga yang mana telah dijanjikan buat orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Bukankah Allah S.w.t telah mengkhabarkan kepada kita : “Dan pimpinlah orang-orang yang bertaqwa (memenuhi kewajiban) ke dalam syurga berbondong-bondong, sehingga apabila mereka mendatanginya, dibukakan pintu-pintunya, dan penjaga-penjaganya berkata: Selamat sejahtera untuk kamu! Kamu telah melakukan yang baik, maka masuklah kamu ke dalamnya buat selama-lamanya.” (Az-Zumar:73)

Syurga yang mana Nabi Muhammad S.a.w penah bersabda: “ Berfirman Allah Ta’ala: Aku sediakan untuk hamba-hambaKu yang saleh sesuatu yang tiada pernah:
a.dilihat oleh mata.
b. didengar oleh telinga
c. tiada telintas di hati sesiapa pun.

Nikmat-nikmat di syurga:

Bayangkan, segala nikmat yang berlaku didunia ini, tiada bandingannya di Syurga, yang penuh dengan nikmat-nikmat yang hebat diantaranya:

1. Mereka ahli syurga: bersandar di atas permaidani yang sebelah dalamnya diperbuat dari sutera.
2. Ada gadis-gadis sopan –santun, belum pernah disinggung oleh manusia dan jin, dan mereka itu bagaikan permata delima dan mutiara.
3. di syurga An-Naim: ada sofa yang bertatahkan emas dan batu permata.
4. Mereka tiada merasa pening kepala atau mabuk.
5. Bidadari-bidadari yang bemata bulat jelita.
6. Tiada matahari yang berhawa panas dan bulan yang berhawa dingin.
7. Air mata Salsabil.
8. Mereka memakai pakaian dari sutera halus.

Nikmat yang besar selepas masuk ke syurga:

Melihat Allah S.w.t

Syurga-syurga yang sediakan ini, ada lapan pintu, dan ianya berbeza dari satu yang lain dan antara satu darjat dengan darjat yang lain sama seperti antara langit dan bumi. Darjat yang paling tinggi ialah Syurga FIRDAUS yang mana diatas nya terletak Arasy Allah S.w.t dan orang-orang beriman tatkala itu dilimpahi berbilang-bilang nikmat, sehingga ditanya pada mereka: Apakah ada sesuatu yang lain yang kamu mahukan Aku tambahkan? Mereka menjawab:
a. bukankah Engkau telah memasukkan kami syurga
b. dan menyelamatkan kami dari api neraka?

Kemudian Hijab pun terangkat. Maka pada ketika itu, tiada sesuatu yang diberikan kepada kamu lebih utama daripada nikmat melihat kepada Wajah Tuhan Azzawajalla.

Wallahu'alam.
~ Carilah keredha Allah Ta'ala di atas dunia yang sementara ini...

Sumber: http://www.perjalanansuci.com/Informasi/Manusia5Alam.htm