Hidup ini sebagai tempat kita kumpul bekalan akhirat ^_^

Saturday, February 11, 2012

AWAS!! TV Sangat BAHAYA!

Setiap rumah ada TV, dan ia banyak mempengaruhi minda manusia pada hari ini. Sebagai contoh, pada 11 september 2001, apabila tregedi menimpa WTC di New York, seluruh dunia menyaksikannya dan kesannya dapat dirasai. Luahan simpati terhadap mangsa2 tragedi dan keluarga mereka dating mencurah2 dari seluruh dunia. Dan nama Osama bin Laden terkenal di seluruh dunia. Pada tanggal 13 Januari 2002, seluruh dunia dikejutkan sekali lagi dengan berita George W.Bush, Presiden Amerika, pengsan kerana tercekik semasa sedang makan biskut. ^_^ macam2.

Tv dicipta pada awal abad ke-20, & penggunaannya agak terhad. TV elektronik diperkenalkan pada 1935, dan menjadi semakin popular. Antara iNovasi Tv selepas perang dunia kedua :
  1. 1940-1949 (penggunaan tiub gambar-Canthode Ray Tube)
  2. awal 50-an (Perkenalan TV hitam Putih, TV warna dan remote control)
  3. awal tahun 90-an (peningkatan kualiti gambar, produk paling menonjol dari Jepun dikenali sebagai analog Hi-Definition Television atau Analog HDTV)
  4. Amerika memperkenalkan TV digital.
Bahaya TV ;
Imam Qurtubi di dalam kitab al-Jamik Li Ahkamil Quran melaporkan perkataan sahabat Nabi s.a.w bernama Abdullah bin Amru bin As berhubung dengan amanah, iaitu, 

“Faraj, Hidung, mata, lidah, perut, tangan dan kaki adalah amanah. Tidak ada iman bagi mereka yang tidak beramanah.”

Tanggungjawab kepada kita sebagai makhluk Allah untuk menggunakan amanah tersebut pada jalan yang benar, bukan jalan yang batil dan melalaikan, seperti TV. ^_^

Lebih kurang 1200 jam setahun dihabiskan oleh kanak-kanak Malaysia bagi menonton TV berbanding 1040 jam setahun dihabiskan di dalam kelas di sekolah. -_-

Menonton TV tidak dibenarkan kepada kanak2 di bawah usia dua tahun, kerana dalam tempoh dua tahun pertama kehidupan bayi, perkembangan otaknya berada pada tahap yang paling kritikal dan pendidikan yang berkesan pada masa itu ialah sentuhan manusia, bukan sentuhan TV.

Secara spesifiknya bahaya TV ialah;

  1. Kesan TV ke atas otak kanak-kanak.
- Allah menggalakkan kanak-kanak melihat dan menerokai alam secara nyata, untuk mendekatkan mereka dengan reality kehidupan. Sepertimana firman Allah dalam surah Al-Ghasyiah ayat 17 hingga 20;
“Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ia dicipta? Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung ganang bagaimana ia ditegakkan? Dan kepada bumi bagaimana ia dihamparkan?”

- TV membantutkan pengembangan otak.

  1. Kesan ke atas Pertumbuhan Fizikal
- Ibnu Sina berkata, “Hendaklah kanak-kanak yang sedang belajar mempunyai rakan-rakan yang ramai dari kalangan mereka yang baik adabnya dan elok tatatertibnya.” TV mengganggu perkembangan fizikal, emosi kanak-kanak dan menghalang kanak-kanak untuk bergaul. Sedangkan bermain dengan aktif bersama kawan-kawan adalah penting bagi pertumbuhan fizikal dan fizikal.
- TV memisahkan seseorang daripada masyarakatnya. Menjadi batu penghalang kepada usaha membentuk sebuah masyarakat yang penyayang dan progresif.
- Menyebabkan Kegemukan. Kajian Fakulti Perubatan Universiti Stanford, 27 oktober 1999, kes kegemukan di kalangan kanak-kanak pada hari ini mempunyai kaitan dengan budaya suka menghabiskan masa menonton TV sambil makan..+ + + tidak terkecuali juga orang dewasa, sebab tu semakin ramai orang obesiti dan gemuk di Malaysia (saya tambah). ^_^

  1. Kesan Ke atas Pertuturan
- TV menjejas dan melambat pertuturan. Kajian 10 tahun oleh Dr Sally Ward (Pakar kanak-kanak). 1 dari 5 kanak2 tidak bertutur dengan betul, yang berumur tiga tahun bertutur seperti kanak-kanak yang berumur dua tahun disebabkan mereka terlalu asyik menonton TV.
- Masalah ini turut juga menimpa orang dewasa, pertuturan semakin tidak betul, penggunaan bahasa lintang pukang, kerana terpengaruh dengan bahasa2 ‘kurang betul’ yang banyak dipertuturkan oleh imej2 di dalam TV. ^_^

  1. Kesan TV ke atas Daya Kreativiti
- TV membantutkan daya imaginasi dan kreativiti.

  1. Kesan TV ke atas Kosentrasi
- Kanak2 yang menonton TV menghadapi kesukaran mendengar dan tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada pelajaran.
- Saya setuju, kanak-kanak yang tengok TV suka buat pekak apabila dipanggil oleh ibu bapa. Orang dewasa pun sama ^_^

  1. Kesan TV kepada TiduR
- mengganggu tidur.
- Kajian di Klinik Pediatrik Gangguan Ketika Tidur di Hospital kanak2 Hasbro, Amerika mendapati, kanak2 yg banyak menonton TV tidak suka tidur awal dan sukar melelapkan mata.
- Kurang tidur melemahkan badan dan kosentrasi dan akhirnya ia menjejaskan pembelajaran mereka.

  1. Kesan TV ke Atas Prestasi Akademik
- merendahkan prestasi akademik pelajar.
- Menghalang kanak2 terlibat dengan pelbagai aktiviti pembelajaran seperti bermain, membaca, menulis, bergaul dan mengkaji.

  1. Kesan TV ke atas jiwa dan akhlak
- TV merosakkan jiwa dan akhlak kanak2 dan remaja.
- TV menjadi salah satu punca yang menyumbang kepada bertambahnya tingkah laku kasar, jenayah dan keganasan dalam masyarakat.

Sumber : Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden, oleh Danial Zainal Abidin.


Jika dilihat rancangan2 TV mutakhir ini, hampir 99% kandungannya tidak bermanfaat kepada seluruh lapisan masyarakat. di TV adegan2 yang tidak sepatutnya ditayangkan, nilai2 yang berlawanan dengan nilai Islam dan melayu juga turut dipertonton. TV sekrang semakin tidak relevan. dan ketidawujudan TV di rumah juga tidak menghairankan, kerana bagi saya itu adalah satu tindakan yang bijak, sekiranya TV itu lebih mendatangkan banyak Keburukan daripada kebaikan.

Daripada iklan, drama, filem, berita.. semuanya meracuni minda2 kanak-kanak hinggalah golongan tua. iklan2 yang 'tidak senonoh', drama dan filem yang banyak berkisar tentang percintaan, pergaulan bebas antara pelakon lelaki dan perempuan, pendedahan aurat, pertuturan kurang sopan.. berita pula, asyik bercakap tentang politik yang berat sebelah. TV dari dulu hingga sekarang, sangat banyak telah menjadi sebab runtuhnya akhlak dan moral generasi Islam dan Melayu.


Sumber: http://najcahayacintaagung.blogspot.com/2011/03/awas-tv-sangat-bahaya.html

No comments:

Post a Comment